Loading...
Judul : Khairy Tempelak Najib, Isu 1MDB Punca Kekalahan BN PRU-14
link : Khairy Tempelak Najib, Isu 1MDB Punca Kekalahan BN PRU-14
Khairy Tempelak Najib, Isu 1MDB Punca Kekalahan BN PRU-14
KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin menempelak bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mendakwa punca kekalahan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) adalah disebabkan oleh penipuan, fitnah dan janji-janji palsu.
Beliau yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Rembau sebaliknya berpendapat kekalahan BN hanya kerana isu 1Malaysia Development Bhd. (1MDB).
“Kita kalah kerana 1MDB. Tamat,” katanya menerusi Twitter, hari ini.
Sebuah portal bahasa Inggeris hari ini melaporkan Najib mendakwa kekalahan BN pada PRU-14 lalu adalah kerana penipuan, fitnah dan janji palsu yang dibuat oleh kerajaan Pakatan Harapan.
Menurut laporan itu, Najib membuat dakwaan demikian pada Sesi Dialog Sembang Santai yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini. #sumber
Demikianlah Artikel Khairy Tempelak Najib, Isu 1MDB Punca Kekalahan BN PRU-14
Sekianlah artikel Khairy Tempelak Najib, Isu 1MDB Punca Kekalahan BN PRU-14 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Khairy Tempelak Najib, Isu 1MDB Punca Kekalahan BN PRU-14 dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/11/khairy-tempelak-najib-isu-1mdb-punca.html
0 Response to "Khairy Tempelak Najib, Isu 1MDB Punca Kekalahan BN PRU-14"
Catat Ulasan