Loading...
Judul : Khalid Akui Dia Terlibat Dalam Matawang Kripto Harapan Coin !
link : Khalid Akui Dia Terlibat Dalam Matawang Kripto Harapan Coin !
Khalid Akui Dia Terlibat Dalam Matawang Kripto Harapan Coin !
Beliau mencadangkan penggunaan mata wang digital itu kerana ianya teknologi baru.
Terdahulu, bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak mendesak Khalid mendedahkan dalang sebalik projek Harapan Coin itu kerana beliau meragui agenda memperkenalkan matawang digital itu untuk transaksi kerajaan seperti pembayaran lesen dan saman.
“Yang pengasas Alibaba Group, Jack Ma, pun kata ini teknologi masa depan, lalu apa yang hairannya?” katanya kepada pemberita selepas melancarkan projek Lost Food dan program projek perumahan rakyat di Kerinchi malam tadi.
Khalid memberitahu pemberita bahawa dirinya juga menceburi bidang matawang kripto sebelum menjadi menteri.
“Bila kita mentadbirnya dan menggunakannya dengan baik akan ada nilai. Orang semua akan beli dan harga dia akan naik bila kita gunakan Harapan Coin dalam urusan dengan kerajaan dan sebagainya,” katanya.
Khalid berkata cadangan penggunaan matawang kripto adalah dari sebelum pilihan raya umum lalu lagi.
“Harapan Coin ini dihasilkan sebelum pilihan raya untuk mengutip sumbangan daripada orang ramai untuk Pakatan Harapan dan ianya telah dilancarkan dan telah mencapai matlamatnya,” katanya.
Harapan Coin dilapor akan menjadi platform biaya ramai politik pertama menggunakan teknologi matawang kripto dan “block chain”.
Khalid sebelum ini dilapor mencadangkan penubuhan satu badan kawal selia bagi memastikan projek itu tidak mudah dimanipulasikan oleh orang luar.
Projek itu bagaimanapun diragui oleh ahli politik pembangkang dan kerajaan seperti Najib dan Ahli Parlimen Lembah Pantai Fahmi Fadzil.
Pada 27 Februari, Bank Negara mengeluarkan Dasar Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pembanterasan Pembiayaan Keganasan selepas mengambil kira maklum balas daripada wakil pengurup wang digital, persatuan industri, firma undang-undang, institusi kewangan dan ahli akademi.
“Dasar ini bertujuan untuk memastikan langkah-langkah berkesan disediakan terhadap risiko pengubahan wang haram dan pembiayaan keganasan yang berkaitan dengan penggunaan mata wang digital dan untuk meningkatkan ketelusan bagi aktiviti mata wang digital,” katanya. #sumber
Demikianlah Artikel Khalid Akui Dia Terlibat Dalam Matawang Kripto Harapan Coin !
Sekianlah artikel Khalid Akui Dia Terlibat Dalam Matawang Kripto Harapan Coin ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Khalid Akui Dia Terlibat Dalam Matawang Kripto Harapan Coin ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/11/khalid-akui-dia-terlibat-dalam-matawang.html
0 Response to "Khalid Akui Dia Terlibat Dalam Matawang Kripto Harapan Coin !"
Catat Ulasan