Loading...

Kongres PKR: Suhaimi Said Penerima Anugerah Bill Kayong !

Loading...
Kongres PKR: Suhaimi Said Penerima Anugerah Bill Kayong ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kongres PKR: Suhaimi Said Penerima Anugerah Bill Kayong !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kongres PKR: Suhaimi Said Penerima Anugerah Bill Kayong !
link : Kongres PKR: Suhaimi Said Penerima Anugerah Bill Kayong !

Baca juga


Kongres PKR: Suhaimi Said Penerima Anugerah Bill Kayong !


SHAH ALAM - PKR hari ini menganugerahkan Allahyarham Suhaimi Said Anugerah Bill Kayong yang pertama kali diperkenalkan pada Kongres Nasional Keadilan 2018 atas sumbangan dan jasanya dalam parti sejak awal penyertaan dalam PKR pada 27 Nov 2007.

Awal pembabitan Suhaimi bermula Januari 2008, beliau menubuhkan Cabang Kuala Krau di Maran, Pahang dibantu oleh Razak Hussein, Suhaimi Abdullah dan Man Kadir yang dikenali dengan gelaran Pak Jabit.

Sehingga kini Cabang Kuala Krau mempunyai banyak ranting di perkampungan Orang Asal dan di kampung tradisi Melayu yang dahulunya langsung tidak boleh dihampiri termasuklah Kampung Paya Luas, Kampung Gong Halt, Kampung Dato Sharif Ahmad dan beberapa kawasan lagi.

Allahyarham sebelum ini pernah menjawat jawatan sebagai Pengerusi Biro Orang Asal Keadilan, Pengerusi Biro Felda Keadilan dan Timbalan Pengerusi Keadilan Pahang. 

Suhaimi meninggal dunia pada 5 Nov 2013 di Temerloh akibat penyakit kanser tulang dan hati. Beliau meninggalkan balu Hajah Hendon, tiga orang anak dan lima cucu.

Anugerah Bill Kayong diwujudkan bagi memperingati dan menghargai perjuangan tokoh PKR dalam parti.

Sementara itu, anugerah cabang pula diberikan kepada cabang-cabang yang berjaya merekrut ramai anggota pada tahun ini iaitu Kota Bharu, Pensiangan, Serdang, Hulu Selangor dan Puchong serta Negeri Sembilan yang mencatat jumlah keanggotaan paling ramai manakala anugerah kakitangan diberikan kepada empat kakitangan parti yang sudah lama berkhidmat dengan parti tersebut.

Antara penerima anugerah itu ialah Amran Kamarudin yang telah berkhidmat selama 11 tahun, Rizal Kushairi Mat Zaki (14 tahun) Nurhuda Mohd Zainudin (14 tahun) dan Zara Zahari (19 tahun).

Kesemua anugerah berkenaan disampaikan oleh Presiden parti Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail diiringi oleh bakal penggantinya Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Persidangan pagi ini turut diserikan dengan deklamasi sajak oleh Sasterawan Negara Datuk A Samad Said dan tayangan video khas perjuangan Dr Wan Azizah ketika permulaan PKR pada 1998 hingga parti itu membentuk kerajaan persekutuan selepas Pilihan Raya Umum ke-14 Mei lepas.

Lebih 2,000 perwakilan menghadiri kongres selama tiga hari bermula semalam yang juga merupakan kongres terakhir Dr Wan Azizah sebagai Presiden PKR sebelum diambil alih oleh Anwar yang menang tanpa bertanding jawatan itu pada pemilihan parti baru-baru ini. #sumber


Demikianlah Artikel Kongres PKR: Suhaimi Said Penerima Anugerah Bill Kayong !

Sekianlah artikel Kongres PKR: Suhaimi Said Penerima Anugerah Bill Kayong ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kongres PKR: Suhaimi Said Penerima Anugerah Bill Kayong ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/11/kongres-pkr-suhaimi-said-penerima.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Kongres PKR: Suhaimi Said Penerima Anugerah Bill Kayong !"

Catat Ulasan

Loading...