Loading...

Mayat Di Temui Dalam Kebakaran Di Percayai Mangsa Bunuh !

Loading...
Mayat Di Temui Dalam Kebakaran Di Percayai Mangsa Bunuh ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Mayat Di Temui Dalam Kebakaran Di Percayai Mangsa Bunuh !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Mayat Di Temui Dalam Kebakaran Di Percayai Mangsa Bunuh !
link : Mayat Di Temui Dalam Kebakaran Di Percayai Mangsa Bunuh !

Baca juga


Mayat Di Temui Dalam Kebakaran Di Percayai Mangsa Bunuh !


KUANTAN: Mayat lelaki yang ditemui dalam kebakaran di sebuah rumah di Taman Pandan Indah di Kuantan semalam, dipercayai dibunuh sebelum bilik tidurnya dibakar.

Ketua Polis Pahang Datuk Mohd Zakaria Ahmad (foto) berkata identiti mangsa disahkan sebagai M. Suhairi A. Wahab, 35, yang bekerja sebagai pembantu tadbir di Pejabat Tanah dan Galian di Kuantan.

"Mangsa didapati mengalami kecederaan teruk pada muka dan kepala selain sebahagian badan terbakar. Mayat mangsa ditemui di atas tilam di salah sebuah bilik rumah tersebut.

"Mangsa dipercayai dibunuh rakan serumahnya yang berusia 34 tahun dan suspek berjaya ditahan beberapa jam selepas kejadian bagi membantu siasatan," katanya kepada pemberita di Kuantan, hari ini.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh.

Polis tunggu laporan bedah siasat

Mohd Zakaria menambah polis masih menunggu laporan bedah siasat yang dijalankan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di Kuantan hari ini, untuk mengetahui punca kematian.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pahang Mohd Sani Harul berkata mayat mangsa ditemui dalam keadaan terbaring dan ditutupi bantal selepas kebakaran dipadamkan.


Katanya, bomba menerima panggilan mengenai kebakaran rumah teres tiga bilik itu pada kira-kira pukul 11.12 malam.

Jiran mangsa yang enggan dikenali berkata beliau menyedari berlakunya kebakaran itu apabila melihat asap keluar daripada rumah tersebut sekitar pukul 10.30 malam.

"Kami hanya mengetahui mangsa yang masih bujang menyewa rumah itu bersama seorang rakan sejak tiga tahun lalu tetapi rakannya tidak berada di rumah semasa kebakaran," katanya. #sumber


Demikianlah Artikel Mayat Di Temui Dalam Kebakaran Di Percayai Mangsa Bunuh !

Sekianlah artikel Mayat Di Temui Dalam Kebakaran Di Percayai Mangsa Bunuh ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Mayat Di Temui Dalam Kebakaran Di Percayai Mangsa Bunuh ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/11/mayat-di-temui-dalam-kebakaran-di.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Mayat Di Temui Dalam Kebakaran Di Percayai Mangsa Bunuh !"

Catat Ulasan

Loading...