Loading...

MB: Bangunan PPAP Kini Mampu Tampung 2,000 Pengunjung

Loading...
MB: Bangunan PPAP Kini Mampu Tampung 2,000 Pengunjung - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul MB: Bangunan PPAP Kini Mampu Tampung 2,000 Pengunjung, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : MB: Bangunan PPAP Kini Mampu Tampung 2,000 Pengunjung
link : MB: Bangunan PPAP Kini Mampu Tampung 2,000 Pengunjung

Baca juga


MB: Bangunan PPAP Kini Mampu Tampung 2,000 Pengunjung


KUANTAN - Bangunan Perpustakaan Awam Pahang (PPAP) bernilai RM48 juta di Jalan Kemunting di sini, boleh menampung kehadiran 2,000 pengunjung pada satu masa.

Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata setakat ini, perpustakaan itu yang dinamakan Perpustakaan Sultan Haji Ahmad Shah dilengkapi dengan 350,000 buku pelbagai genre. 

Beliau berkata bangunan dua blok setinggi empat tingkat yang mengambil masa hampir dua tahun untuk disiapkan itu, menerima kehadiran 370,000 pengunjung sejak mula beroperasi pada Januari lepas. 

"Selain buku bercetak, terdapat juga bahan maklumat dalam bentuk digital dan pengguna boleh mengakses bahan tersebut daripada pelbagai pangkalan data di bahagian perpustakaan digital. 

"Terdapat juga panggung tiga dimensi yang membolehkan pengunjung menonton wayang gambar sama ada bersama keluarga atau secara berkumpulan," katanya semasa berucap pada Majlis Perasmian PPAP di sini, hari ini. 

Majlis disempurnakan Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dan turut berangkat ialah Tengku Puan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. 

Wan Rosdy berkata statistik pinjaman buku PPAP setakat Oktober lalu ialah 100,000 buah. 

Beliau seterusnya memaklumkan pasukan pereka bentuk Jabatan Kerja Raya juga menerima Anugerah Bangunan Hijau 2017 atas hasil kerja mereka yang berkonsepkan moden kontemporari untuk PPAP. 

"Bangunan ini dihasilkan dengan metafora dua bilah gading gajah yang merupakan lambang jati Pahang dengan keluasan ruang lantai 12,000 meter persegi dan bermotifkan kain tenun Pahang," katanya. 

Wan Rosdy juga berterima kasih kepada Petronas kerana bersetuju menempatkan Petrosains Paysmart di PPAP, yang dilihat dapat melonjakkan minat pelajar dalam bidang sains dan teknologi. #sumber


Demikianlah Artikel MB: Bangunan PPAP Kini Mampu Tampung 2,000 Pengunjung

Sekianlah artikel MB: Bangunan PPAP Kini Mampu Tampung 2,000 Pengunjung kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel MB: Bangunan PPAP Kini Mampu Tampung 2,000 Pengunjung dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/11/mb-bangunan-ppap-kini-mampu-tampung.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "MB: Bangunan PPAP Kini Mampu Tampung 2,000 Pengunjung"

Catat Ulasan

Loading...