Loading...

Operasi Kesan Pesawat Lion Air JT610 Kini Masuk Hari Kelima

Loading...
Operasi Kesan Pesawat Lion Air JT610 Kini Masuk Hari Kelima - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Operasi Kesan Pesawat Lion Air JT610 Kini Masuk Hari Kelima, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Operasi Kesan Pesawat Lion Air JT610 Kini Masuk Hari Kelima
link : Operasi Kesan Pesawat Lion Air JT610 Kini Masuk Hari Kelima

Baca juga


Operasi Kesan Pesawat Lion Air JT610 Kini Masuk Hari Kelima


JAKARTA - Operasi pencarian bangkai dan sebahagian lagi kotak hitam pesawat Lion Air yang terhempas Isnin lepas memasuki hari kelima hari ini dengan Presiden Indonesia Joko Widodo turut meninjau pusat utama operasi itu di Tanjung Priok, dekat sini, hari ini.

Ketua Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan Indonesia (Basarnas), Muhamad Syaugi berkata, fokus  operasi hari ini itu adalah  bertumpu di koordinat yang ditemui alat "perakam data penerbangan (FDR)" semalam.

Pada jam 10.05 pagi semalam, pihak berkuasa Indonesia menemui FDR di kedalaman 30 meter, iaitu 500 meter dari koordinat pesawat itu dilaporkan terhempas di perairan Tanjung Karawang.

Kotak hitam pesawat itu mengandungi FDR (yang merekodkan percakapan di dalam pesawat) dan "Perakam Suara Kokpit (CVR) yang merekodkan percakapan juruterbang dan pembantu juruterbang di kokpit.

Setakat pukul 5 petang ini, CVR itu masih belum ditemui, katanya dalam satu kenyataan di sini.

Memetik laporan agensi berita Indonesia Antara,  Joko Widodo atau lebih dikenali sebagai Jokowi yang meninjau pusat operasi pencarian itu pada 4 petang ini itu telah diberikan taklimat terkini daripada semua agensi berkaitan yang terbabit dalam operasi berkenaan.

"Seramai 859 petugas pasukan mencari terdiri daripada Basarnas, polis, tentera dan agensi berkaitan telah bertungkus lumus siang dan malam dalam operasi pencarian itu, saya ingin menyampaikan ucapan terima kasih kepada semuanya," kata Jokowi.

Muhamad Syaugi berkata setakat hari ini, sebanyak  65 kantung jenazah atau bungkusan yang mengandungi cebisan dan anggota badan yang tidak sempurna itu telah dihantar ke Rumah Sakit Polis Indonesia (Polri) untuk proses identifikasi.

Penerbangan  JT610 itu membawa 181 penumpang dan lapan anak kapal itu terhempas selepas berlepas dari Lapangan Terbang Soekarno-Hatta pada 6.20 pagi Isnin di   koordinat  S 5 49.052 E 10706.628. #sumber


Demikianlah Artikel Operasi Kesan Pesawat Lion Air JT610 Kini Masuk Hari Kelima

Sekianlah artikel Operasi Kesan Pesawat Lion Air JT610 Kini Masuk Hari Kelima kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Operasi Kesan Pesawat Lion Air JT610 Kini Masuk Hari Kelima dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/11/operasi-kesan-pesawat-lion-air-jt610.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Operasi Kesan Pesawat Lion Air JT610 Kini Masuk Hari Kelima"

Catat Ulasan

Loading...