Loading...
Judul : Pakatan Harapan Tidak Penuhi Janji Dalam Belanjawan 2019 !
link : Pakatan Harapan Tidak Penuhi Janji Dalam Belanjawan 2019 !
Pakatan Harapan Tidak Penuhi Janji Dalam Belanjawan 2019 !
KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri. Datuk Seri Najib Tun Razak mendakwa kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak memenuhi janji-janji yang dibuat dalam manifesto Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu dalam Belanjawan 2019, termasuk janji untuk menghapuskan tol.
Ahli Parlimen Pekan itu berkata walaupun kerajaan ada mengumumkan beberapa subsidi, namun ia tidak memadai dengan janji kepada rakyat yang dilakukan ketika PRU14, Mei lalu.
"Begitu juga dengan pembayaran semula pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional, mereka janji bahawa gaji RM4,000 ke bawah tidak perlu membayar, sebab itulah ramai anak muda sokong mereka tetapi sebaliknya hanya peminjam yang berpendapatan RM1,000 dan ke bawah sahaja dikecualikan," katanya selepas pembentangan Belanjawan 2019 di Dewan Rakyat, hari ini.
Pada pembentangan oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng itu, katanya, kerajaan PH juga hanya mengulangi perancangan yang telah dibentangkan oleh kerajaan pimpinanya dahulu. #sumber
Demikianlah Artikel Pakatan Harapan Tidak Penuhi Janji Dalam Belanjawan 2019 !
Sekianlah artikel Pakatan Harapan Tidak Penuhi Janji Dalam Belanjawan 2019 ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Pakatan Harapan Tidak Penuhi Janji Dalam Belanjawan 2019 ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/11/pakatan-harapan-tidak-penuhi-janji.html
0 Response to "Pakatan Harapan Tidak Penuhi Janji Dalam Belanjawan 2019 !"
Catat Ulasan