Loading...
Judul : PAS Pahang Anjurkan Himpunan Aman Bagi Membantah ICERD
link : PAS Pahang Anjurkan Himpunan Aman Bagi Membantah ICERD
PAS Pahang Anjurkan Himpunan Aman Bagi Membantah ICERD
KUANTAN - Pas Pahang akan menganjurkan himpunan aman bagi membantah wmeratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) yang didakwa merompak kestabilan keharmonian kehidupan pelbagai bangsa, kaum dan agama.
Himpunan itu akan diadakan di Masjid negeri Sultan Haji Ahmad Shah, esok selepas berakhirnya solat jumaat.
Pesuruhjaya Pas, Rosli Abdul Jabbar mendakwa, ICERD akan merombak asas-asas negara yang pastinya akan menggugat kestabilan negara dan Malaysia tidak sepatutnya membiarkan kuasa luar menguruskan negara.
“Pas Pahang menolak penggunaan ruang demokrasi yang diperalatkan untuk politik sempit pihak-pihak tertentu di atas nama kesamarataan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Selain itu, beliau turut menolak cadangan ratifikasi tersebut dan menyatakan pendirian dan sokongan padu seperti mana kenyataan kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
“Saya percaya seluruh rakyat Malaysia yang cintakan keamanan untuk menolak agenda ratifikasi ICERD,” katanya. #sumber
Demikianlah Artikel PAS Pahang Anjurkan Himpunan Aman Bagi Membantah ICERD
Sekianlah artikel PAS Pahang Anjurkan Himpunan Aman Bagi Membantah ICERD kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel PAS Pahang Anjurkan Himpunan Aman Bagi Membantah ICERD dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/11/pas-pahang-anjurkan-himpunan-aman-bagi.html
0 Response to "PAS Pahang Anjurkan Himpunan Aman Bagi Membantah ICERD"
Catat Ulasan