Loading...
Judul : Penjual Sayur Didakwa Rasuah Timbalan Komander Op Gading
link : Penjual Sayur Didakwa Rasuah Timbalan Komander Op Gading
Penjual Sayur Didakwa Rasuah Timbalan Komander Op Gading
KUANTAN - Seorang penjual sayur dari Cameron Highlands dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memberi suapan kepada timbalan komander ‘Op Gading’ tiga tahun lalu.
Teong Tong Lai, 33 dari Kampung Raja, Cameron Highlands mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Mohd Ghazali Mohamad Taib.
Dia dituduh memberi suapan RM10,000 kepada Sanifah Yusof yang juga Timbalan Pengarah Operasi Majlis Keselamatan Negara pada 9.30 malam, 13 Mei 2015 di sebuah hotel di Cameron Highlands sebagai dorongan agar tindakan tidak diambil terhadap ladang sayur haram miliknya di Hutan Simpan Terla (A), Mukim Ulu Telom, Cameron Highlands.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang boleh dihukum menurut Seksyen 24 akta sama iaitu dipenjarakan sehingga 20 tahun atau denda RM10,000 atau lima kali nilai suapan yang mana lebih tinggi, jika diisabitkan. #sumber
Demikianlah Artikel Penjual Sayur Didakwa Rasuah Timbalan Komander Op Gading
Sekianlah artikel Penjual Sayur Didakwa Rasuah Timbalan Komander Op Gading kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Penjual Sayur Didakwa Rasuah Timbalan Komander Op Gading dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/11/penjual-sayur-didakwa-rasuah-timbalan.html
0 Response to "Penjual Sayur Didakwa Rasuah Timbalan Komander Op Gading"
Catat Ulasan