Loading...

Polis Buru Geng Estima, Terlibat Kes Pecah Rumah Di Kuantan

Loading...
Polis Buru Geng Estima, Terlibat Kes Pecah Rumah Di Kuantan - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Polis Buru Geng Estima, Terlibat Kes Pecah Rumah Di Kuantan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Polis Buru Geng Estima, Terlibat Kes Pecah Rumah Di Kuantan
link : Polis Buru Geng Estima, Terlibat Kes Pecah Rumah Di Kuantan

Baca juga


Polis Buru Geng Estima, Terlibat Kes Pecah Rumah Di Kuantan


KUANTAN - Polis memburu sekumpulan tiga lelaki dipercayai berusia 20 hingga 35 tahun kerana terlibat tiga kes kejadian pecah rumah di tiga kawasan perumahan di sini pada Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali berkata, ketiga-tiga kejadian pecah rumah melibatkan kerugian lebih RM150,000 tersebut dilakukan kumpulan berkenaan dalam tempoh empat jam.

"Dalam tempoh 12.30 tengah hari hingga 4.30 petang, kumpulan yang menaiki kenderaan Toyota Estima  itu melakukan tiga kes pecah rumah di Sri Teruntum, Alor Akar dan Jalan Tok Gajah ketika mangsa tiada di rumah.

"Selain wang tunai, jam tangan, beg tangan wanita dan komputer riba,  mereka turut melarikan sebuah kereta jenis Mazda X5 milik salah seorang mangsa," kata beliau.

Bercakap ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan di sini malam tadi, Mohamad Noor menambah, siasatan awal mendapati kumpulan tersebut sebelum ini pernah melakukan pecah rumah di Rompin menggunakan kenderaan sama.

"Melalui rakaman CCTV di rumah milik salah seorang mangsa, kami mendapati suspek terdiri daripada dua lelaki berbadan kurus dan seorang lagi gempal," katanya.

Ditanya berhubung modus operandi digunakan suspek, Mohamad Noor berkata, salah seorang lelaki tersebut berpura-pura seperti mengenali mangsa untuk meyakinkan jiran bersebelahan.

"Selepas berpura-pura telah bercakap dengan tuan rumah melalui telefon, mereka masuk ke kawasan pagar rumah dan mengumpil pintu hadapan," katanya.

Semua kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana melakukan pecah rumah pada siang hari.#sumber


Demikianlah Artikel Polis Buru Geng Estima, Terlibat Kes Pecah Rumah Di Kuantan

Sekianlah artikel Polis Buru Geng Estima, Terlibat Kes Pecah Rumah Di Kuantan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Polis Buru Geng Estima, Terlibat Kes Pecah Rumah Di Kuantan dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/11/polis-buru-geng-estima-terlibat-kes.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Polis Buru Geng Estima, Terlibat Kes Pecah Rumah Di Kuantan"

Catat Ulasan

Loading...