Loading...

Polis: Pemandu Lori Rugi, Ditipu 'Wang Jamin' Kes Langgar Lari

Loading...
Polis: Pemandu Lori Rugi, Ditipu 'Wang Jamin' Kes Langgar Lari - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Polis: Pemandu Lori Rugi, Ditipu 'Wang Jamin' Kes Langgar Lari, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Polis: Pemandu Lori Rugi, Ditipu 'Wang Jamin' Kes Langgar Lari
link : Polis: Pemandu Lori Rugi, Ditipu 'Wang Jamin' Kes Langgar Lari

Baca juga


Polis: Pemandu Lori Rugi, Ditipu 'Wang Jamin' Kes Langgar Lari


KUANTAN - Seorang pemandu lori kerugian RM2,000 selepas diarahkan membayar 'wang jamin' bagi siasatan kes langgar lari seorang remaja yang tidak wujud, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Supt Mohd Wazir Mohd Yusuf berkata mangsa yang berusia 31 tahun mendakwa wang itu dimasukkan ke dalam sebuah akaun yang diberikan oleh suspek yang menyamar sebagai Inspektor Khoo. 

Katanya, mangsa menerima panggilan telefon kononnya daripada anggota polis dari cawangan trafik Johor Bharu, Johor bernama Koperal Ahmad Rusdi pada pukul 1.30 tengah hari semalam, semasa dia berada di Kuala Krau, Temerloh dekat sini.

"Mangsa diberitahu kereta miliknya terlbat dalam kemalangan di jalan Persiaran Simpang 4, Johor Jaya yang dinafikan mangsa, sebelum panggilan kononnya disambung ke balai polis Johor Jaya kepada seorang lagi suspek yang dikatakan Inspektor Ali. 

"Inspektor Ali memberitahu kereta mangsa mempunyai 4 kilogram dadah selain siasatan mendapati mangsa terlibat kegiatan pengubahan wang haram, mangsa diarahkan pula bercakap dengan Inspektor Khoo, kononnya pegawai penyiasat, walaupun mangsa berkali-kali menafikannya,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini. 

Mohd Wazir menambah mangsa ditakutkan pula dengan dakwaan terdapat simpanan sebanyak RM2.8 juta di akaun banknya dan diminta menjelaskan sebahagian daripada bayaran 'wang jamin' sebanyak RM5,000 sebagai proses siasatan. 

Mangsa bagaimanapun baru membuat pindahan wang tunai RM2,000 apabila menyedari terdapat kemungkinan dia ditipu lalu terus membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bera pada hari yang sama. 

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun, sebatan dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan. 

Pada kes berasingan, Mohd Wazir berkata seorang lelaki kerugian RM3,500 dalam urusan jual beli kereta Perodua Viva menerusi laman sosial, apabila penjual kereta itu menyekat panggilannya. 

"Mangsa mendakwa kereta itu dijual pada harga RM5,000 dan telah membuat lebih separuh bayaran, namun tidak mahu meneruskan pembelian itu selepas diminta untuk membuat bayaran penuh terlebih dahulu. 

"Mangsa yang berusia 31 tahun itu mendakwa suspek juga enggan memulangkan wang miliknya sebelum bertindak menyekat semua panggilannya," katanya. #sumber


Demikianlah Artikel Polis: Pemandu Lori Rugi, Ditipu 'Wang Jamin' Kes Langgar Lari

Sekianlah artikel Polis: Pemandu Lori Rugi, Ditipu 'Wang Jamin' Kes Langgar Lari kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Polis: Pemandu Lori Rugi, Ditipu 'Wang Jamin' Kes Langgar Lari dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/11/polis-pemandu-lori-rugi-ditipu-wang.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Polis: Pemandu Lori Rugi, Ditipu 'Wang Jamin' Kes Langgar Lari"

Catat Ulasan

Loading...