Loading...

Presiden PAFA Enggan Tunduk Desakan Supaya Letak Jawatan !

Loading...
Presiden PAFA Enggan Tunduk Desakan Supaya Letak Jawatan ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Presiden PAFA Enggan Tunduk Desakan Supaya Letak Jawatan !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Presiden PAFA Enggan Tunduk Desakan Supaya Letak Jawatan !
link : Presiden PAFA Enggan Tunduk Desakan Supaya Letak Jawatan !

Baca juga


Presiden PAFA Enggan Tunduk Desakan Supaya Letak Jawatan !


PARIT BUNTAR - Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) Hasnul Zulkarnain Abdul Munaim tidak berganjak daripada pendiriannya untuk terus memegang jawatan itu  walaupun menerima desakan daripada penyokong The Bos Gaurus supaya meletakkan jawatan.

Hasnul Zulkarnain berkata, desakan itu adalah bermotifkan politik dan serangan peribadi sejak beliau mengambilalih jawatan Presiden PAFA.

"Saya tidak terkesan dengan desakan itu," katanya dalam sidang media selepas menutup Karnival Sinar Harapan ''Inspirasiku Teristimewa' di Dataran Pinggiran Sungai Kerian di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai desakan penyokong tegar bola sepak Perak yang mahu Hasnul Zulkarnian melepaskan jawatan tersebut selepas tindakannya disifatkan tidak menghormati Piala Malaysia yang dimenangi The Bos Gaurus baru-baru ini.

Tindakan Hasnul Zulkarnain yang menimbulkan kemarahan netizen termasuk tindakannya bergambar bersama Piala Malaysia di tepi kolam renang sehingga tular di media sosial.

Hasnul Zulkarnain yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Titi Serong berkata, beliau masih mendapat sokongan penuh daripada Jawatankuasa Exco Eksekutif Pafa yang akan memutuskan sama ada beliau perlu melepaskan jawatan itu atau sebaliknya.

"Jawatankuasa Exco Eksekutif PAFA akan mengadakan mesyuarat exco Khamis ini memandangkan pelantikannya mendapat sokongan gabungan persatuan bola sepak daerah-daerah," katanya.

Dalam pada itu, Hasnul Zulkarnain berkata beliau mengakui kesilapan yang dilakukannya itu adalah kelemahan dirinya sendiri kerana keterujaan setelah 18 tahun Perak menunggu detik kemenangan tersebut ditambah pula kemenangan itu digapai ketika beliau memegang jawatan Presiden PAFA.

Tambahnya, sambutan untuk meraikan kejayaan pasukan bola sepak Perak memenangi Piala Malaysia akan diadakan di beberapa daerah yang terpilih dan Menteri Besar Perak Ahmad Faizal Azumu dijangka turut serta meraikannya bersama rakyat. #sumber


Demikianlah Artikel Presiden PAFA Enggan Tunduk Desakan Supaya Letak Jawatan !

Sekianlah artikel Presiden PAFA Enggan Tunduk Desakan Supaya Letak Jawatan ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Presiden PAFA Enggan Tunduk Desakan Supaya Letak Jawatan ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/11/presiden-pafa-enggan-tunduk-desakan.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Presiden PAFA Enggan Tunduk Desakan Supaya Letak Jawatan !"

Catat Ulasan

Loading...