Loading...

Produksi Filem Akai Polis Evo 2 Dakwa Sudah Berjumpa Mufti !

Loading...
Produksi Filem Akai Polis Evo 2 Dakwa Sudah Berjumpa Mufti ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Produksi Filem Akai Polis Evo 2 Dakwa Sudah Berjumpa Mufti !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Produksi Filem Akai Polis Evo 2 Dakwa Sudah Berjumpa Mufti !
link : Produksi Filem Akai Polis Evo 2 Dakwa Sudah Berjumpa Mufti !

Baca juga


Produksi Filem Akai Polis Evo 2 Dakwa Sudah Berjumpa Mufti !


PETALING JAYA - Filem aksi Polis Evo 2 tidak mempunyai unsur memburukkan imej Islam bahkan mengambil kira pendapat dan nasihat daripada golongan ulama. 

Penerbit Eksekutif filem berkenaan, Datuk Khairul Anwar Salleh berkata, pihaknya sudah mengadakan pertemuan dengan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri dan Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin membincangkan tentang isu itu. 

"Pihak kami juga terasa dengan kehangatan apabila isu ini (memburukkan imej Islam) digembar-gemburkan dan disebut-sebut di laman sosial. 

"Filem ini lulus bersih dari Lembaga Penapisan Filem (LPF) dan tiada sekatan atau kekangan dari Kementerian Dalam Negeri (KDN). 

"Kami sudah bertemu dengan Mufti Wilayah Persekutuan dan Mufti Perlis dan berbincang serta menerima nasihat yang mungkin terlepas pandang atas isu yang timbul. Kami juga bersedia untuk bertemu dengan pihak-pihak yang lain," jelas Khairul ketika ditemui media pada tayangan perdana filem Polis Evo 2 di sini malam tadi. 

Mengulas lanjut, Khairul berkata, tidak adil buat segelintir pihak untuk terus menghakimi atau memboikot filem tersebut dengan hanya menonton trailer sahaja. 

Filem Polis Evo 2 menjadi kontroversi apabila ada pihak menganggap ada adegan yang ditonjolkan cubaFilem Polis Evo 2 menjadi kontroversi apabila ada pihak menganggap ada adegan yang ditonjolkan cuba mencerminkan umat Islam sebagai pengganas dan jahat.


"Bagi saya, kita harus menonton filem ini dahulu. Menonton trailer sahaja tidak menggambarkan keseluruhan kandungan naskhah. 

"Walaupun ada pihak yang mengeluarkan kenyataan ingin memboikot, kita juga mendapat sokongan kuat daripada penonton yang mempertahankan filem ini untuk menemui penonton di pawagan," katanya. 

Tegas Khairul lagi, Polis Evo 2 jelas memaparkan implikasi buruk kepada rakyat di negara ini andai golongan ajaran sesat atau ekstrimis agaman tidak dibendung. 

"Dalam negara majoriti penganut Islam, kita tidak mahu seseorang menggambil kesempatan atau menggunakan agama yang boleh mengganggu gugat ketenteraman negara.

"Pihak kami percaya wujud individu sebegitu (menggunakan agama) dan melalui filem ini, kita ingin paparkan kepada penonton," katanya lagi. 

Terdahulu, Filem aksi sekuel kepada Polis Evo yang dipersembahankan oleh Astro Shaw Sdn. Bhd. dan SCM Tbk itu mendapat pelbagai reaksi orang ramai termasuk beberapa parti politik sejak dimuat naik pada 30 Oktober lepas di Facebook dan YouTube.

Segelintir pihak merasakan filem Polis Evo 2 yang akan ditayangkan 22 November depan cuba mencerminkan umat Islam sebagai pengganas dan jahat.

Hal ini ditonjolkan melalui watak ketua pengganas bernama Hafsyam Jauhari lakonan Hasnul Rahmat yang membawa imej Islamik dengan pemakaian serban.

Selain Hasnul, Polis Evo 2 masih mengekalkan barisan pelakon asal iaitu Shaheizy Sam dan Zizan Razak, selain menampilkan pelakon lain antaranya Erra Fazira, Raline Shah, Hairul Azreen, Soffi Jikan, dan Syafie Naswip. #sumber


Demikianlah Artikel Produksi Filem Akai Polis Evo 2 Dakwa Sudah Berjumpa Mufti !

Sekianlah artikel Produksi Filem Akai Polis Evo 2 Dakwa Sudah Berjumpa Mufti ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Produksi Filem Akai Polis Evo 2 Dakwa Sudah Berjumpa Mufti ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/11/produksi-filem-akai-polis-evo-2-dakwa.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Produksi Filem Akai Polis Evo 2 Dakwa Sudah Berjumpa Mufti !"

Catat Ulasan

Loading...