Loading...

Tengku Abdullah Titah Awasi Anak Menjelang Musim Tengkujuh

Loading...
Tengku Abdullah Titah Awasi Anak Menjelang Musim Tengkujuh - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tengku Abdullah Titah Awasi Anak Menjelang Musim Tengkujuh, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tengku Abdullah Titah Awasi Anak Menjelang Musim Tengkujuh
link : Tengku Abdullah Titah Awasi Anak Menjelang Musim Tengkujuh

Baca juga


Tengku Abdullah Titah Awasi Anak Menjelang Musim Tengkujuh


PEKAN - Rakyat di negeri ini terutama yang tinggal berhampiran kawasan sungai, kolam dan longkang besar supaya lebih peka mengawasi anak masing-masing menjelang musim tengkujuh.

Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah, ia dapat mengelak daripada tragedi lemas yang berlaku sebelum ini berulang.

"Saya berharap rakyat dapat menjaga diri dan keluarga masing-masing terutamanya pada musim tengkujuh dan air pasang besar.

"Banyak risiko wujud dari keadaan semasa ini memerlukan perhatian yang lebih serta sifat berjaga-jaga agar kita semua sentiasa berada dalam keadaan selamat," titah baginda selepas melawat mangsa ribut di Kampung Pasir Panjang, dekat sini, hari ini.

Sebanyak 25 rumah melibatkan 131 penduduk di sekitar Kampung Pasir Panjang, Ketapang Hilir, Tanjung Agas dan Pulau Tambun rosak dalam kejadian ribut dan angin kencang pukul 3.00 petang semalam.

Baginda meluangkan masa kira-kira satu jam bertanya khabar, menzahirkan rasa simpati dan menyampaikan sumbangan peribadi kepada semua mangsa selain melihat sendiri secara dekat rumah-rumah yang rosak akibat kejadian itu

Sementara itu, seorang mangsa Mohd Farizal Mohd Mokhtar, 38, berkata ketika kejadian dia terpaksa berlari keluar rumah dan melaungkan azan selepas ribut serta angin kencang tidak reda.

"Pada mulanya hujan turun lebat bersama guruh dan petir. Saya bersama lima ahli keluarga lain terdengar dentuman petir selama tiga kali berturut-turut sebelum nampak angin membentuk satu gerombolan kabus tebal datang merosakkan bumbung rumah.

"Ribut yang tidak berhenti selama setengah jam menyebabkan saya mengambil keputusan untuk laung azan walaupun di tengah hujan, sebelum ribut reda," katanya.

Seorang lagi mangsa di kawasan sama, Wan Azemi Wan Su, 54, berkata, akibat kejadian itu rumah pusaka arwah ibunya musnah teruk di bahagian ruang tamu.

"Ketika kejadian saya berada di tempat kerja manakala isteri Noraini Talib, 54, ada di rumah kami yang terletak tidak jauh dari sini. Jiran yang hubungi memberitahu rumah kami hampir roboh kena ribut.

"Saya bersyukur sebab pada malam sebelum kejadian (Sabtu), ada kira-kira 15 ahli keluarga berkumpul di rumah pusaka mak tetapi mereka semua dah pulang ke rumah masing-masing pagi semalam," katanya.  #sumber


Demikianlah Artikel Tengku Abdullah Titah Awasi Anak Menjelang Musim Tengkujuh

Sekianlah artikel Tengku Abdullah Titah Awasi Anak Menjelang Musim Tengkujuh kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tengku Abdullah Titah Awasi Anak Menjelang Musim Tengkujuh dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/11/tengku-abdullah-titah-awasi-anak.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Tengku Abdullah Titah Awasi Anak Menjelang Musim Tengkujuh"

Catat Ulasan

Loading...