Loading...

Tiada Cadangan Kemudahan Tandas Khas LGBT Di Pahang !

Loading...
Tiada Cadangan Kemudahan Tandas Khas LGBT Di Pahang ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tiada Cadangan Kemudahan Tandas Khas LGBT Di Pahang !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tiada Cadangan Kemudahan Tandas Khas LGBT Di Pahang !
link : Tiada Cadangan Kemudahan Tandas Khas LGBT Di Pahang !

Baca juga


Tiada Cadangan Kemudahan Tandas Khas LGBT Di Pahang !


KUANTAN - Kerajaan Negeri Pahang tidak berhasrat menyediakan kemudahan tandas khas bagi golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga negeri, Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin berkata, kerajaan negeri berpendapat tidak ada keperluan berbuat demikian di negeri ini.

"Isu ini (LGBT) perlu diselesaikan dengan pendekatan yang sudah dan sedang dilaksanakan pihak berwajib. Ini termasuk dengan peranan dan bantuan yang dimainkan badan bukan kerajaan (NGO) dan kerajaan Pusat," katanya di Persidangan Dewan Undangan Negeri Pahang di sini hari ini.


Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Khairuddin Mahmud (BN-Pulau Manis) yang ingin tahu mengenai keperluan menyediakan kemudahan tandas khas kepada golongan LGBT di Pahang.

Sebelum itu, Khairuddin turut bertanyakan peranan yang dimainkan pihak berwajib bagi membenteras masalah sosial LGBT serta isu masalah mak nyah yang aktif di bandar Kuantan.

Mengulas tentang perkara itu Shahaniza berkata, pihak Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) sentiasa menjalankan operasi secara berterusan mengikut Seksyen 33 dan 34 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Pahang 2013 dibantu agensi penguatkuasa kerajaan yang lain dan NGO.

"Dalam masa yang sama, pelbagai aktiviti dan program kesedaran atau pemulihan membabitkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP).

"Malah NGO seperti Persatuan Insaf Pahang juga turut memainkan peranan dengan mengadakan program pemulihan ini seperti 'Mukayyam' sejak 2011 sehingga kini dengan kerjasama Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dibantu masyarakat di Kuantan dari segi idea dan kewangan," katanya. #sumber


Demikianlah Artikel Tiada Cadangan Kemudahan Tandas Khas LGBT Di Pahang !

Sekianlah artikel Tiada Cadangan Kemudahan Tandas Khas LGBT Di Pahang ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tiada Cadangan Kemudahan Tandas Khas LGBT Di Pahang ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/11/tiada-cadangan-kemudahan-tandas-khas.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Tiada Cadangan Kemudahan Tandas Khas LGBT Di Pahang !"

Catat Ulasan

Loading...