Loading...

Tunku Azizah: Tenun Pahang Unggul Dalam Kelasnya Tersendiri

Loading...
Tunku Azizah: Tenun Pahang Unggul Dalam Kelasnya Tersendiri - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tunku Azizah: Tenun Pahang Unggul Dalam Kelasnya Tersendiri, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tunku Azizah: Tenun Pahang Unggul Dalam Kelasnya Tersendiri
link : Tunku Azizah: Tenun Pahang Unggul Dalam Kelasnya Tersendiri

Baca juga


Tunku Azizah: Tenun Pahang Unggul Dalam Kelasnya Tersendiri


PEKAN - Tengku Puan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah bertitah mahu melihat seni tenun Pahang terus unggul dalam kelas tersendiri dalam industri tekstil negara. 

Baginda menyifatkan tenun Pahang sebagai satu fabrik eksklusif kerana mempunyai keistimewaan yang tidak mudah diperoleh mahupun ditiru sesiapa. 

Titah Tunku Azizah, berbeza daripada sesetengah fabrik lain seperti batik yang dapat dihasilkan oleh ramai orang, tenun Pahang memerlukan kemahiran, ketelitian dan minat individu yang melakukannya. 

"Saya mahu tenun Pahang ada kelas tersendiri dan berciri eksklusif setanding jenama luar negara sehingga orang perlu beratur atau menempah khas untuk mendapatkannya. 

"Mungkin sukar untuk orang ramai memperoleh tenun Pahang kerana harganya yang agak mahal tapi ia setanding dengan proses penghasilannya yang cerewet dan memerlukan ketelitian. 

"Hanya mereka yang pernah memakainya dapat memahami di mana letaknya keistimewaan tenun Pahang," titah baginda semasa merasmikan Pameran Tradisi Berfesyen Tenun Diraja Pahang di Muzium Sultan Abu Bakar di sini, semalam. 

Turut hadir Pengerusi Perbadanan Muzium Negeri Pahang, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsuddin dan Pengarah Muzium Pahang, Datuk Ahmad Farid Abdul Jalal.

Tunku Azizah seterusnya bertitah mahu melihat lebih ramai generasi muda mewarisi seni menghasilkan tenun Pahang yang dipercayai bermula sejak 300 tahun dahulu supaya ia tidak dilupakan dalam arus pembangunan. 

Titah baginda, seni tenun Pahang perlu 'lahir dari hati' dan memerlukan kerjasama semua pihak untuk diperkembangkan kerana ia berpotensi menjadi satu cabang pekerjaan. 

"Saya masih ingat pada awalnya, hanya ada 15 penenun di Pekan, namun selepas pelbagai usaha dilakukan termasuk menubuhkan Institut Kemahiran Tenun Pahang Diraja Tengku Ampuan Besar Meriam, kita sudah mempunyai lebih 200 penenun di Pahang," titah baginda.

Tunku Azizah juga bertitah penghasilan tenun Pahang juga dilakukan oleh banduan lelaki di Penjara Penor dan Bentong, yang mana selepas dilatih, mereka berkebolehan menghasilkan kain tenun berkualiti tinggi dengan rekaan corak eksklusif. #sumber


Demikianlah Artikel Tunku Azizah: Tenun Pahang Unggul Dalam Kelasnya Tersendiri

Sekianlah artikel Tunku Azizah: Tenun Pahang Unggul Dalam Kelasnya Tersendiri kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tunku Azizah: Tenun Pahang Unggul Dalam Kelasnya Tersendiri dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/11/tunku-azizah-tenun-pahang-unggul-dalam.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Tunku Azizah: Tenun Pahang Unggul Dalam Kelasnya Tersendiri"

Catat Ulasan

Loading...