Loading...

Warga Asing, Peka Akan Kemukakan Surat Rayuan Pada KDN

Loading...
Warga Asing, Peka Akan Kemukakan Surat Rayuan Pada KDN - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Warga Asing, Peka Akan Kemukakan Surat Rayuan Pada KDN, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Warga Asing, Peka Akan Kemukakan Surat Rayuan Pada KDN
link : Warga Asing, Peka Akan Kemukakan Surat Rayuan Pada KDN

Baca juga


Warga Asing, Peka Akan Kemukakan Surat Rayuan Pada KDN


KUALA LUMPUR - Warga asing yang berada di negara ini namun gagal bekerja kerana ditipu ejen boleh menyertai ‘Program Kebajikan dan Khidmat Imigran Peka'.

Presiden Pertubuhan Kebajikan Kemanusiaan Antarabangsa (Peka), Datuk Paduka Zuhairi Ab Kadir berkata, segala bentuk kebajikan diambilkira selepas mereka (warga asing) berdaftar dengan Peka.

Menurutnya, perkara berkenaan akan dipanjangkan kepada kerajaan bagi memastikan matlamat untuk lancarkan urusan berkaitan membantu warga asing teraniaya di negara ini lebih teratur.

"Peka akan berusaha menemui Menteri Dalam Negeri (KDN), Tan Sri Muhyiddin Yassin pada hujung tahun ini untuk mengemukakan surat rayuan dan mengajukan senarai nama peserta program yang terlibat.

"Mereka ialah individu yang tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah kerana ditipu ejen atau dianiaya majikan yang tidak bertanggungjawab memperbaharui dokumen kerja mereka," katanya ketika dihubungi pemberita di sini.

Zuhairi berkata, usaha yang dilakukan adalah untuk memohon peluang kedua kepada warga asing terlibat mendapatkan kelulusan khas atau sebarang kaedah penyelesaian yang difikirkan sesuai oleh pihak menteri sendiri.

Sementara itu katanya, Peka masih membuka peluang kepada mereka yang ingin mendaftar sebagai peserta dibawah khidmat Peka memandangkan program itu juga memberi banyak manfaat kepada mereka dan waris keluarga.

Sebelum ini, media melaporkan Peka turut menawarkan pesertanya perlindungan insuran apabila ditimpa kemalangan dan turut mendapat pampasan kematian.

Peserta juga secara langsung diberi perkhidmatan bantuan guaman secara percuma, urusan pengebumian atau pengantaran pulang jenazah ke negara asal.

Warga asing yang memerlukan khidmat daripada Peka boleh hubungi talian 017-970 9999 atau 010-299 0909 sebarang pertanyaan lanjut serta pendaftaran. #PDO


Demikianlah Artikel Warga Asing, Peka Akan Kemukakan Surat Rayuan Pada KDN

Sekianlah artikel Warga Asing, Peka Akan Kemukakan Surat Rayuan Pada KDN kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Warga Asing, Peka Akan Kemukakan Surat Rayuan Pada KDN dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/11/warga-asing-peka-akan-kemukakan-surat.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Warga Asing, Peka Akan Kemukakan Surat Rayuan Pada KDN"

Catat Ulasan

Loading...