Loading...
Judul : Zulpuri: Sikap Dan Penguatkuasaan Punca Masalah Air Di Raub
link : Zulpuri: Sikap Dan Penguatkuasaan Punca Masalah Air Di Raub
Zulpuri: Sikap Dan Penguatkuasaan Punca Masalah Air Di Raub
SHAH ALAM - Masalah bekalan air bersih di Pahang terutama di Raub berpunca daripada sikap manusia dan kelemahan penguatkuasaan.
Timbalan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji berkata, ketika hujan lebat berlaku, loji air di kawasan terlibat terpaksa ditutup.
"Di hulu sungai ada kawasan pertanian secara besar-besaran, msalahnya di sini penguatkuasaan yang terlibat...kerajaan negeri.
"Kawasan mapan telah dinodai, gondol, tak ada pokok jadi apabila hujan, air lumpur masuk ke sungai," katanya pada Wacana Sinar ke-77, IWK : Bukan Sekadar Kumbahan di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, hari ini.
Mengulas lanjut, beliau menjelaskan loji air terpaksa ditutup susulan kadar kekeruhan air di sungai meningkat secara mendadak sehingga 10,000 'Nephelometric Turbidity Unit' (NTU).
"Sebenarnya di Raub ini, loji masih mampu bekalkan air tapi apabila hujan lebat penduduk mengeluh air tak ada.
"Secara logiknya apabila hujan lebat, air banyak tapi tiba-tiba air tak ada.
"Ini kerana loji terpaksa ditutup kerana air sungai yang loji ambil itu terlalu keruh, berlumpur dengan NTU sampai 10,000," katanya. #sumber
Demikianlah Artikel Zulpuri: Sikap Dan Penguatkuasaan Punca Masalah Air Di Raub
Sekianlah artikel Zulpuri: Sikap Dan Penguatkuasaan Punca Masalah Air Di Raub kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Zulpuri: Sikap Dan Penguatkuasaan Punca Masalah Air Di Raub dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/11/zulpuri-sikap-dan-penguatkuasaan-punca.html
0 Response to "Zulpuri: Sikap Dan Penguatkuasaan Punca Masalah Air Di Raub"
Catat Ulasan