Loading...
Judul : Ahmad Zahid Mengaku Tak Bersalah Beri Pinjaman RM10 Juta
link : Ahmad Zahid Mengaku Tak Bersalah Beri Pinjaman RM10 Juta
Ahmad Zahid Mengaku Tak Bersalah Beri Pinjaman RM10 Juta
KUALA LUMPUR - Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap satu lagi pertuduhan tambahan pecah amanah membabitkan dana Yayasan Akalbudi sebanyak RM10 juta pada 8 Disember lalu.
Ahmad Zahid, 65, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan tambahan itu dibacakan di hadapan Hakim Rozana Ayob.
Mengikut pertuduhan tersebut, Presiden UMNO itu didakwa melakukan pecah amanah sebanyak RM10 juta milik Yayasan Akalbudi yang mana Ahmad Zahid sebagai pemegang amanah yayasan itu telah melakukan jenayah ke atas harta tersebut dengan memberi pinjaman kepada Armada Holdings Sdn.Bhd.
Ahmad Zahid didakwa melakukan kesalahan itu di Affin Bank Berhad, Cawangan Jalan Bunus, No. 133, Jalan Bunus Off Jalan Masjid India dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 8 Disember 2015.
Beliau didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang dari dua tahun dan tidak lebih dari dua puluh tahun dengan sebatan dan denda jika sabit kesalahan.
Terdahulu, beliau juga mengaku tidak bersalah terhadap 10 pertuduhan pindaan membabitkan pecah amanah dan mohon dibicarakan selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan.
Pada 20 Oktober lalu, beliau dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas 45 pertuduhan melibatkan 10 kes pecah amanah, lapan kes rasuah dan 27 kes pengubahan wang haram.
Pertuduhan pecah amanah dan menerima suapan melibatkan RM42 juta manakala pertuduhan pengubahan wang haram pula membabitkan RM72 juta. #sumber
Demikianlah Artikel Ahmad Zahid Mengaku Tak Bersalah Beri Pinjaman RM10 Juta
Sekianlah artikel Ahmad Zahid Mengaku Tak Bersalah Beri Pinjaman RM10 Juta kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Ahmad Zahid Mengaku Tak Bersalah Beri Pinjaman RM10 Juta dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/12/ahmad-zahid-mengaku-tak-bersalah-beri.html
0 Response to "Ahmad Zahid Mengaku Tak Bersalah Beri Pinjaman RM10 Juta"
Catat Ulasan