Loading...

Anak Peneroka Felda Kota Gelanggi 2 Jurutera Honda Di Jepun

Loading...
Anak Peneroka Felda Kota Gelanggi 2 Jurutera Honda Di Jepun - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Anak Peneroka Felda Kota Gelanggi 2 Jurutera Honda Di Jepun, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Anak Peneroka Felda Kota Gelanggi 2 Jurutera Honda Di Jepun
link : Anak Peneroka Felda Kota Gelanggi 2 Jurutera Honda Di Jepun

Baca juga


Anak Peneroka Felda Kota Gelanggi 2 Jurutera Honda Di Jepun


JERANTUT - Minat mendalam dalam bidang mekanikal dan automotif sejak kecil merintis jalan kepada Nor Hairuddin Mohd. Zainal Abidin, 43, dari Felda Kota Gelanggi 4 di sini untuk menjadi ketua jurutera sebuah syarikat pengeluar kereta di Jepun.

Anak generasi kedua Felda itu menempa kerjaya cemerlang de­ngan memperoleh pendapatan lumayan di negara matahari terbit berkenaan sekali gus mengharumkan nama Malaysia di pentas dunia.

Bapanya, Mohd. Zainal Abidin Ab. Ghani, 67, yang merupakan seorang peneroka di Felda Kota Ge­langgi 4 berkata, anak sulung daripada enam beradik itu amat berminat dengan bidang mekanikal dan automotif sejak belajar di Sekolah Kebangsaan Felda Kota Gelanggi 2.

“Setelah menyertai tanah rancangan di sini, saya membuka bengkel secara kecil-kecilan membaiki motosikal untuk menambah pendapatan.

“Pada masa sama, Nor Hai­ruddin menunjukkan minatnya dan mempelajari cara membaiki kerosakan enjin pada sebelah petang selepas pulang dari sekolah,” katanya ketika ditemui di Felda berkenaan hari ini.

Kisah Nor Hairuddin yang memahat nama dalam bidang kejuruteraan automatif di peringkat antarabangsa tular dalam laman sosial Facebook baru-baru ini.

Nor Hairuddin yang bekerja sebagai seorang jurutera di Honda R&D, Tochigi Jepun sejak 2001 sehingga ini berjaya menghasilkan variasi paten mid-range ‘Super ­Handling All-Wheel Drive’ atau SH-AWD iaitu satu sistem kepelbagaian kluc yang dikawal secara elektronik yang dipasang pada mo­del Acura TLX serta MDX. #sumber


Demikianlah Artikel Anak Peneroka Felda Kota Gelanggi 2 Jurutera Honda Di Jepun

Sekianlah artikel Anak Peneroka Felda Kota Gelanggi 2 Jurutera Honda Di Jepun kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Anak Peneroka Felda Kota Gelanggi 2 Jurutera Honda Di Jepun dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/12/anak-peneroka-felda-kota-gelanggi-2.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Anak Peneroka Felda Kota Gelanggi 2 Jurutera Honda Di Jepun"

Catat Ulasan

Loading...