Loading...
Judul : Anih Berhad Siasat Dakwaan Pekerja Gerai Pukul Pemandu Bas
link : Anih Berhad Siasat Dakwaan Pekerja Gerai Pukul Pemandu Bas
Anih Berhad Siasat Dakwaan Pekerja Gerai Pukul Pemandu Bas
Anih Berhad menerusi kenyataan media di sini hari ini berkata, kakitangan yang terlibat akan dikenakan tindakan tatatertib sewajarnya mengikut prosedur tetap operasi syarikat, jika didapati bersalah.
"Tindakan kakitangan itu merupakan tingkah laku peribadi dan tidak melambangkan atau menggambarkan prinsip syarikat.
"Syarikat tidak bertolak ansur terhadap sesiapa yang terlibat dengan kejadian yang boleh menggugat kesejahteraan dan keselamatan pengguna lebuh raya," menurut kenyataan itu.
Anih Berhad yang kesal dengan kejadian itu menegaskan jaminan keselamatan dan ketenteraman awam pengguna adalah keutamaan mereka.
Rakaman video selama seminit 48 saat itu yang tular hari ini, menunjukkan pergaduhan antara kakitangan R&R terlibat dengan seorang pemandu bas ekspres yang dikatakan berlaku pada pukul 1.30 pagi semalam.
Punca pergaduhan dipercayai akibat pemandu bas mengugut mahu melempang seorang pelayan yang menggunakan bahasa kesat terhadapnya, menyebabkan dia dipukul oleh beberapa individu selepas selesai minum.
Anih Berhad menambah, mereka difahamkan pemandu bas berkenaan telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Maran, dekat sini pada pukul 5 pagi semalam. #sumber
Demikianlah Artikel Anih Berhad Siasat Dakwaan Pekerja Gerai Pukul Pemandu Bas
Sekianlah artikel Anih Berhad Siasat Dakwaan Pekerja Gerai Pukul Pemandu Bas kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Anih Berhad Siasat Dakwaan Pekerja Gerai Pukul Pemandu Bas dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/12/anih-berhad-siasat-dakwaan-pekerja.html

0 Response to "Anih Berhad Siasat Dakwaan Pekerja Gerai Pukul Pemandu Bas"
Catat Ulasan