Loading...

Anwar Dakwa Beliau Tiada Apa-Apa Masalah Dengan Azmin Ali

Loading...
Anwar Dakwa Beliau Tiada Apa-Apa Masalah Dengan Azmin Ali - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Anwar Dakwa Beliau Tiada Apa-Apa Masalah Dengan Azmin Ali, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Anwar Dakwa Beliau Tiada Apa-Apa Masalah Dengan Azmin Ali
link : Anwar Dakwa Beliau Tiada Apa-Apa Masalah Dengan Azmin Ali

Baca juga


Anwar Dakwa Beliau Tiada Apa-Apa Masalah Dengan Azmin Ali


PORT DICKSON: Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan mempunyai masalah dengan timbalannya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang mempertikaikan pelantikan jawatan pemilihan parti itu.

Beliau berkata, pelantikan yang dilakukan bertujuan untuk melindungi kepentingan semua ahli parti dan bukan hanya satu pihak sahaja.

“Kita tidak boleh lantik pengikut kita sendiri dalam pemilihan itu, sebaliknya perlu mendapatkan sokongan daripada keseluruhan parti,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri program di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Springhill di sini, baru-baru ini.

Terdahulu, Mohamed Azmin dalam satu kenyataan meminta Anwar meneliti semula pelantikan jawatan utama parti dengan mengambil kira pandangan akar umbi.

Beliau mendakwa, pelantikan yang diumumkan tidak mencerminkan prinsip ‘fair and just representation’ terhadap aspirasi ahli dan tidak akan membantu parti untuk terus maju.

Bagaimanapun Anwar berkata, beliau tidak akan melayan permintaan Mohamed Azmin yang memintanya menyemak semula pelantikan jawatan pemilihan parti.

“Tiada keperluan berbuat demikian kerana semua nama sudah diluluskan.

“Saya sudah lantik orang dari dua pasukan itu. Kalau dilihat semula saya lantik Ali Biju (Naib Presiden), dia penyokong Azmin.

“Ketua Penerangan (Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin) juga penyokong dia,” katanya. #sumber



Demikianlah Artikel Anwar Dakwa Beliau Tiada Apa-Apa Masalah Dengan Azmin Ali

Sekianlah artikel Anwar Dakwa Beliau Tiada Apa-Apa Masalah Dengan Azmin Ali kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Anwar Dakwa Beliau Tiada Apa-Apa Masalah Dengan Azmin Ali dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/12/anwar-dakwa-beliau-tiada-apa-apa.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Anwar Dakwa Beliau Tiada Apa-Apa Masalah Dengan Azmin Ali"

Catat Ulasan

Loading...