Loading...
Judul : Baja Fosfat Mengandungi Bahan Radioaktif Seperti Sisa Lynas !
link : Baja Fosfat Mengandungi Bahan Radioaktif Seperti Sisa Lynas !
Baja Fosfat Mengandungi Bahan Radioaktif Seperti Sisa Lynas !
Dr Looi Hoong Wah (foto), felo di Akademi Perubatan Malaysia berkata, baja fosfat mengandungi uranium, radium dan sedikit thorium pada kadar antara 2 dan 7 becquerels per gram.
Bercakap atas kapasiti pribadi, Looi berkata, sisa dari Lynas, yang juga mempunyai fosferus, mengandungi thorium kebanyakannya dan sedikit uranium dan radium pada kadar 6 becquerels per gram, bermakna ia sangat rendah dari segi radiasi.
Di Australia, katanya, ia dianggap tidak radioaktif, sebab itu ia boleh dieksport.
Menurutnya, mendesak Lynas mengeksport sisa dari Malaysia “tidak mengambil kesempatan” daripada kekurangan bekalan fosferus.
Katanya, tidak diragui baja fosfat yang boleh diperolehi daripada sisa dari Lynas lebih bermutu berbanding baja fosfat import dan jika digunakan akan menjimatkan jutaan ringgit daripada pembelian baja import.
Looi, yang sebelum ini membuat pengkhususan dalam bidang radiologi dan radioterapi, menggesa kerajaan meminda Peraturan-peraturan Perlindungan Sinaran (Pengangkutan) yang nampaknya berdasarkan peraturan-peraturan pengangkutan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) yang lapuk.
“Disebabkan peraturan ini, sebarang bahan mengandungi uranium dan thorium dengan kadar radioaktif 1 becquerel per gram perlu dikawal selia oleh Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB),” katanya.
Memetik piawaian IAEA, Looi berkata, apa sahaja bawah 10 becquerels per gram selamat untuk diangkut.
Katanya, Malaysia perlu mengikuti masa dan piawaian antarabangsa untuk menyaingi negara-negara maju.
Sejak beberapa minggi lalu, Lynas, satu-satunya kilang pemproses nadir bumi selain China, ditekan supaya membuang sisanya dari loji di Gebeng, Kuantan.
Bagaimanapun , Lynas mempertahankan keselamatan kilang dan berkata, mengeksport sisa adalah pilihan terakhir yang disebut AELB jika ia gagal membina kemudahan buangan kekal (PDF).
Lynas menjelaskan ia akan bina PDF seperti disyorkan jawatankuasa kaji semula yang ditubuhkan Putrajaya mengenai operasi syarikat berkenaan. #sumber
Demikianlah Artikel Baja Fosfat Mengandungi Bahan Radioaktif Seperti Sisa Lynas !
Sekianlah artikel Baja Fosfat Mengandungi Bahan Radioaktif Seperti Sisa Lynas ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Baja Fosfat Mengandungi Bahan Radioaktif Seperti Sisa Lynas ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/12/baja-fosfat-mengandungi-bahan.html
0 Response to "Baja Fosfat Mengandungi Bahan Radioaktif Seperti Sisa Lynas !"
Catat Ulasan