Loading...

Bapa Mangsa Lemas Sedih, Semua Anak Pergi Sekelip Mata !

Loading...
Bapa Mangsa Lemas Sedih, Semua Anak Pergi Sekelip Mata ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Bapa Mangsa Lemas Sedih, Semua Anak Pergi Sekelip Mata !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Bapa Mangsa Lemas Sedih, Semua Anak Pergi Sekelip Mata !
link : Bapa Mangsa Lemas Sedih, Semua Anak Pergi Sekelip Mata !

Baca juga


Bapa Mangsa Lemas Sedih, Semua Anak Pergi Sekelip Mata !


DUNGUN - “Mereka sepatutnya ke sekolah esok tetapi ketiga-tiga anak kami telah ‘pergi’ sekelip mata”.

Demikian luah Zawawi Abd Wahad, 42, yang berdepan dengan insiden menyedihkan pada akhir 2018 apabila kesemua tiga anaknya Nurain Fatma Zawawi, 10, Nurain Sofia, 8, dan Nurain Sasabila, 6, ditemukan lemas pagi tadi di Pantai Sura Tengah di sini.

“Kali terakhir saya menatap wajah anak-anak kesayangan itu pada pagi semalam (Ahad) selepas menghantar mereka mengambil buku teks di Sekolah Kebangsaan Perol, Kelantan,” katanya.

Zawawi berkata beliau menerima perkhabaran sedih itu menerusi panggilan telefon daripada anggota keluarganya pada kira-kira pukul 7 malam hari yang sama dan bergegas ke tempat kejadian bersama isterinya, Nur Syahida Abdullah, 36.

Mereka sekeluarga baru sahaja pulang daripada bercuti di Hatyai, Thailand Sabtu lalu sebelum ketiga-tiga anaknya itu mengikut ibu saudara mereka, Suriani Abdullah, 41, serta beberapa anggota keluarga lain bercuti di Dungun.

"Saya serta isteri tidak turut serta kerana kepenatan dan menguruskan beberapa urusan kerja serta persekolahan anak-anak memandangkan sesi persekolahan Pantai Timur bakal bermula esok. Semua kelengkapan persekolahan telah disiapkan.

"Tak dapat digambarkan betapa hancur dan luluhnya perasaan kami apabila semua anak ‘pergi’ sekali gus," katanya dalam keadaan sugul ketika ditemui pemberita di Hospital Dungun.

Suasana sedih dan pilu itu bukan sahaja menyelubungi anggota keluarga tetapi juga pihak media yang turut sama berada di situ terutama apabila melihat ibu kanak-kanak terbabit dalam keadaan tidak bermaya dan terpaksa dipapah oleh keluarga.

Dalam kejadian pada kira-kira pukul 6.40 petang semalam, ketiga-tiga mangsa yang berasal dari Kampung Peringat, Kelantan dihanyutkan setelah dipukul ombak besar ketika bermain di pesisir pantai.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dungun Supt Baharudin Abdullah berkata mayat Nurain Sofia ditemukan pada pukul 7.48 pagi lima kilometer dari lokasi kejadian manakala adiknya Nurain Sasabila dijumpai kira-kira pukul 9.40 pagi, satu kilometer dari tempat kejadian.

Mayat kakak mereka, Nurain Fatma dijumpai oleh orang awam terdampar di pesisir pantai pada kira-kira 11.03 pagi, lebih kurang lima kilometer dari lokasi kejadian.

"Jenazah tiga beradik berkenaan dibawa ke Bilik Forensik Hospital Dungun untuk siasatan lanjut dan akan dibawa pulang untuk dikebumikan di kampung nenek sebelah ibu mereka di Rantau Panjang, Kelantan,” katanya.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) di Pantai Sura Tengah itu dijalankan oleh 73 anggota termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM). #sumber


Demikianlah Artikel Bapa Mangsa Lemas Sedih, Semua Anak Pergi Sekelip Mata !

Sekianlah artikel Bapa Mangsa Lemas Sedih, Semua Anak Pergi Sekelip Mata ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Bapa Mangsa Lemas Sedih, Semua Anak Pergi Sekelip Mata ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/12/bapa-mangsa-lemas-sedih-semua-anak.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Bapa Mangsa Lemas Sedih, Semua Anak Pergi Sekelip Mata !"

Catat Ulasan

Loading...