Loading...

Bekas Pengurus Kedai Berdepan Hukuman 560 Tahun Penjara

Loading...
Bekas Pengurus Kedai Berdepan Hukuman 560 Tahun Penjara - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Bekas Pengurus Kedai Berdepan Hukuman 560 Tahun Penjara, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Bekas Pengurus Kedai Berdepan Hukuman 560 Tahun Penjara
link : Bekas Pengurus Kedai Berdepan Hukuman 560 Tahun Penjara

Baca juga


Bekas Pengurus Kedai Berdepan Hukuman 560 Tahun Penjara


IPOH - Seorang bekas pengurus kedai serbaneka 24 jam bakal berhadapan dengan hukuman penjara sehingga 560 tahun selepas dia dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 40 pertuduhan pecah amanah melibatkan wang berjumlah RM68,463.35 pada pertengahan tahun lalu. 

Tertuduh, Wan Fatihah Nadzrin, 25, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim S. Indra Nehru.

Mengikut kesemua pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan pecah amanah jenayah dengan menggunakan kod pin dari mesin MOLPay bagi pembelian barangan peribadi di atas talian tanpa pengetahuan majikan.

Tertuduh yang merupakan Pengurus Cawangan Kedai 7-Eleven Kuala Kangsar ketika itu didakwa melakukan perbuatan tersebut di Kedai 7-Eleven, No. 6, GF Persiaran Kuala Kangsar dekat sini pada 26 Mei, 14, 19 dan 21 Julai 2017.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara tidak kurang satu tahun dan tidak lebih 14 tahun dan denda dan sebatan jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Fauzi Md. Yusof manakala tertuduh diwakili peguam bela, Zaim Zhafri Azhar.

Muhammad Fauzi mencadangkan wang jaminan RM56,000 bagi kesemua pertuduhan itu dengan alasan kesalahan dilakukan tertuduh itu serius selain membabitkan kerugian besar terhadap syarikat kedai serbaneka berkenaan.

Dalam rayuan terhadap anak guamnya, Zaim Zhafri memohon wang jaminan tersebut dikurangkan kerana tertuduh menanggung seorang ibu yang mempunyai penyakit kencing manis dan darah tinggi manakala suaminya dalam proses mencari pekerjaan selepas berhenti kerja sebagai pemandu lori.

Indra Nehru kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM28,000 dengan seorang penjamin bagi semua pertuduhan. Sehingga tengah hari ini, tertuduh belum membayar wang jaminan berkenaan. 

Mahkamah menetapkan 18 Januari depan sebagai tarikh sebutan semula kes. #sumber


Demikianlah Artikel Bekas Pengurus Kedai Berdepan Hukuman 560 Tahun Penjara

Sekianlah artikel Bekas Pengurus Kedai Berdepan Hukuman 560 Tahun Penjara kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Bekas Pengurus Kedai Berdepan Hukuman 560 Tahun Penjara dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/12/bekas-pengurus-kedai-berdepan-hukuman.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Bekas Pengurus Kedai Berdepan Hukuman 560 Tahun Penjara"

Catat Ulasan

Loading...