Loading...
Judul : Bilangan Mangsa Banjir Di Kuantan Kini Meningkat 192 Orang
link : Bilangan Mangsa Banjir Di Kuantan Kini Meningkat 192 Orang
Bilangan Mangsa Banjir Di Kuantan Kini Meningkat 192 Orang
KUANTAN - Hujan lebat dengan bacaan kira-kira 31 milimeter sejak semalam menyebabkan daerah ini mula mengalami banjir petang tadi.
Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang, Zainal Yusof berkata, seramai 192 mangsa membabitkan 53 keluarga telah dipindahkan sehingga pukul 8 malam tadi.
Menurut beliau, seramai 92 mangsa melibatkan 23 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan Sekolah Kebangsaan (SK) Cherating.
"Di SK Kempadang pula seramai 53 mangsa melibatkan 12 keluarga telah dipindahkan. Lima keluarga dengan bilangan 15 orang lagi ditempatkan di SK Sungai Ular.
"Pusat pemindahan SK Sungai Karang pula ditempatkan 34 mangsa daripada 13 keluarga dari kawasan berhampiran," katanya.
Lebih banyak pusat pemindahan serta bilangan mangsa dijangka meningkat sekiranya keadaan hujan lebat berlarutan sehingga esok. #sumber
Demikianlah Artikel Bilangan Mangsa Banjir Di Kuantan Kini Meningkat 192 Orang
Sekianlah artikel Bilangan Mangsa Banjir Di Kuantan Kini Meningkat 192 Orang kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Bilangan Mangsa Banjir Di Kuantan Kini Meningkat 192 Orang dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/12/bilangan-mangsa-banjir-di-kuantan-kini.html

0 Response to "Bilangan Mangsa Banjir Di Kuantan Kini Meningkat 192 Orang"
Catat Ulasan