Loading...

Dua Lagi Mangsa Kemalangan Di Lipis Meninggal Dunia Hari Ini

Loading...
Dua Lagi Mangsa Kemalangan Di Lipis Meninggal Dunia Hari Ini - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Dua Lagi Mangsa Kemalangan Di Lipis Meninggal Dunia Hari Ini, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Dua Lagi Mangsa Kemalangan Di Lipis Meninggal Dunia Hari Ini
link : Dua Lagi Mangsa Kemalangan Di Lipis Meninggal Dunia Hari Ini

Baca juga


Dua Lagi Mangsa Kemalangan Di Lipis Meninggal Dunia Hari Ini


KUANTAN - Dua lagi mangsa kemalangan di Kilometer 16, Jalan Lipis - Benta- Raub, dekat sini, meninggal dunia menjadikan jumlah keseluruhan yang maut dalam kejadian itu kepada enam orang. 

Ketua Polis Daerah Lipis Supt Azry Akmar Ayob berkata dua mangsa berkenaan ialah Zalimawati Mukhtar, 34, dan anaknya Zulaikha Basyirah Ahmad Ridwan, 10 yang sebelum ini dilaporkan berada dalam keadaan parah.

“Zalimawati meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Afzan, manakala anak perempuannya Zulaikha Basyirah Ahmad Ridwan, 10, meninggal dunia di Hospital Kuala Lipis. 

"Kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia akibat kecederaan teruk di kepala," katanya kepada pemberita menerusi satu kenyataan di sini, hari ini. 

Zalimawati dan anaknya merupakan seorang daripada lapan penumpang kereta Proton Waja yang terlibat dalam kemalangan dengan Produa Myvi yang dinaiki pasangan suami isteri Muhamad Samsol Kamal Mat Arifin, 22, dan Norshafiqah Mohd Yusof, 21. 

Dalam kemalangan pukul 4.46 petang semalam, ibu Zalimawati, Khatijah Hussin, 61 dan pemandu Perodua Myvi Muhamad Samsol Kamal yang merupakan anggota tentera di Markas Tentera Darat, Jalan Padang Tembak, Kuala Lumpur, meninggal dunia di tempat kejadian.

Bapa dan anak Zalimawati, Mukhtar Hassan, 62, dan Ahmad Fakhrul Muslim, dua tahun, meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kuala Lipis semalam. 

Azry Akmar berkata laporan bedah siasat semua mangsa menunjukkan sebab kematian mereka adalah akibat kecederaan teruk di dada, kepala dan pendarahan dalaman. 

Kemalangan juga menyebabkan seorang lagi anak Zalimawati, Mohd Alif Haikal Abdullah, 11, dan sepupunya yang merupakan pasangan kembar Shek Ibrahim Shek Dawood dan Nur Zurina, 13, serta Norshafiqah (isteri Muhamad Samsol) cedera ringan. 

Kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta dipandu Muhamad Samsol dari arah Kuala Lipis ke Benta gagal memotong sebuah kenderaan lain menyebabkannya bertembung dengan kereta dinaiki keluarga Zalimawati yang berada di laluan bertentangan. #sumber


Demikianlah Artikel Dua Lagi Mangsa Kemalangan Di Lipis Meninggal Dunia Hari Ini

Sekianlah artikel Dua Lagi Mangsa Kemalangan Di Lipis Meninggal Dunia Hari Ini kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Dua Lagi Mangsa Kemalangan Di Lipis Meninggal Dunia Hari Ini dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/12/dua-lagi-mangsa-kemalangan-di-lipis.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Dua Lagi Mangsa Kemalangan Di Lipis Meninggal Dunia Hari Ini"

Catat Ulasan

Loading...