Loading...

Gesa Tindakan Tatatertib Buat Ahli Pertikai Leputusan Presiden

Loading...
Gesa Tindakan Tatatertib Buat Ahli Pertikai Leputusan Presiden - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Gesa Tindakan Tatatertib Buat Ahli Pertikai Leputusan Presiden, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Gesa Tindakan Tatatertib Buat Ahli Pertikai Leputusan Presiden
link : Gesa Tindakan Tatatertib Buat Ahli Pertikai Leputusan Presiden

Baca juga


Gesa Tindakan Tatatertib Buat Ahli Pertikai Leputusan Presiden


KUALA TERENGGANU: PKR Terengganu menggesa tindakan tatatertib tanpa pilih kasih dikenakan terhadap mana-mana ahli mahupun pemimpin yang mempertikai atau mengkritik kepemimpinan tertinggi pusat

Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Terengganu, Azan Ismail, berkata jawatankuasa disiplin dan tatatertib PKR Pusat perlu mengambil tindakan tegas kepada mana-mana ahli yang melanggar peraturan yang ditetapkan dalam perlembagaan parti.

Beliau berkata, sesiapa yang melanggar peraturan boleh menyumbang kepada perpecahan dan huru- hara dalam parti yang baharu sahaja melalui episod pemilihan yang panjang.

“Keputusan yang dibuat Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berlandaskan peraturan serta perlembagaan parti dan ia tidak sewajarnya dipertikai dan perlu dihormati bagi mengelak perpecahan yang boleh membawa kepada kehancuran parti.

“MPN Terengganu berpendapat bahawa keputusan yang dibuat Presiden itu diputuskan bersama dalam MPN pusat pada 28 Disember lalu adalah bertujuan memperkukuhkan kesatuan dalam parti selepas melalui proses pemilihan yang panjang.

“Jadi, keputusan ini tidak perlu dipersoalkan kerana semua pihak termasuk Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menyatakan sokongan secara terbuka kepada usaha pengukuhan parti selepas tempoh pemilihan tempoh hari,” katanya dalam sidang media bersama Ketua-ketua Cabang PKR negeri di Pejabat PKR Terengganu di sini hari ini.

Menurut Azan lagi, pihaknya melahirkan kebimbangan sekiranya terdapat gerakan terancang yang cuba melemahkan kedudukan dan kewibawaan presiden parti melalui kritikan dan mencabar keputusan yang dibuat sebulat suara oleh MPN pusat yang dilakukan secara terbuka.

Katanya, walaupun PKR menyanjung tinggi prinsip keterbukaan, segala permasalahan mestilah diselesai dengan cara yang baik dan mengikut peraturan.

“Ini kerana semua parti di dunia mempunyai undang-undang atau perlembagaan yang perlu dipatuhi dan tidak perlu laporan melalui media kerana kita sudah ada saluran yang lebih baik dalam parti.

“Jadi kita gesa jawatankuasa mengambil tindakan segera terhadap sesiapa sahaja yang mempunyai agenda melemahkan kesatuan parti dengan mempertikaikan keputusan dibuat Presiden,” katanya. #sumber


Demikianlah Artikel Gesa Tindakan Tatatertib Buat Ahli Pertikai Leputusan Presiden

Sekianlah artikel Gesa Tindakan Tatatertib Buat Ahli Pertikai Leputusan Presiden kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Gesa Tindakan Tatatertib Buat Ahli Pertikai Leputusan Presiden dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/12/gesa-tindakan-tatatertib-buat-ahli.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Gesa Tindakan Tatatertib Buat Ahli Pertikai Leputusan Presiden"

Catat Ulasan

Loading...