Loading...

Haniza Pula Terkilan Dengan Anwar, Dakwa Wanita Terpinggir !

Loading...
Haniza Pula Terkilan Dengan Anwar, Dakwa Wanita Terpinggir ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Haniza Pula Terkilan Dengan Anwar, Dakwa Wanita Terpinggir !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Haniza Pula Terkilan Dengan Anwar, Dakwa Wanita Terpinggir !
link : Haniza Pula Terkilan Dengan Anwar, Dakwa Wanita Terpinggir !

Baca juga


Haniza Pula Terkilan Dengan Anwar, Dakwa Wanita Terpinggir !


KUALA LUMPUR: Pelantikan majlis pimpinan pusat PKR menunjukkan kurangnya representasi golongan wanita dalam kepimpinan parti, kata Ketua Wanita Haniza Mohamed Talha.

Haniza dalam kenyataan hari ini berkata perkara itu seolah-olah dipinggirkan Presiden Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Saya juga terkilan apabila teguran oleh Timbalan Presiden Datuk Seri Azmin Ali disalah erti oleh Presiden kerana menyangka teguran itu bersifat peribadi.

“Apa yang diperkatakan timbalan presiden adalah benar, yang mana ‘fair and just representation’ yang diperkatakan beliau juga termasuk representasi sekurang-kurangnya 30% pemimpin wanita PKR dalam lantikan itu,” katanya.

Menurutnya, Agenda Pemberdayaan Wanita merupakan satu topik penting dalam membentuk Malaysia Baharu dan perkara ini dinatijahkan dalam pelbagai perkara yang dilaksanakan oleh Kerajaan Pakatan Harapan.

Dalam pada itu, Haniza meminta presiden PKR untuk tidak berat sebelah dan melihat teguran daripada ahli sebagai satu perkara yang positif dalam meraikan demokrasi.

“Keadilan itu sendiri bermaksud meletakkan sesuatu perkara di tempat yang wajar. Sewajarnya presiden mempertimbangkan semula keputusan ini agar keadilan dalam erti kata sebenar dapat ditegakkan,” katanya.

Azmin hari ini menggesa supaya pelantikan jawatan utama parti itu yang diumum semalam, diteliti semula kerana pelantikan itu tidak mencerminkan prinsip perwakilan yang adil dan saksama terhadap aspirasi ahli serta tidak akan membantu parti untuk maju ke hadapan.

Semalam, dalam kenyataan selepas mesyuarat MPP PKR, Anwar mengumumkan pelantikan bekas Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli, Ahli Parlimen Tanjong Malim Chang Lih Kang dan Ahli Parlimen Saratok Ali Biju sebagai Naib Presiden PKR. #sumber


Demikianlah Artikel Haniza Pula Terkilan Dengan Anwar, Dakwa Wanita Terpinggir !

Sekianlah artikel Haniza Pula Terkilan Dengan Anwar, Dakwa Wanita Terpinggir ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Haniza Pula Terkilan Dengan Anwar, Dakwa Wanita Terpinggir ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/12/haniza-pula-terkilan-dengan-anwar-dakwa.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Haniza Pula Terkilan Dengan Anwar, Dakwa Wanita Terpinggir !"

Catat Ulasan

Loading...