Loading...
Judul : Kecoh, Mahasiswa Tuntut Mansuhkan Seksyen 15 & 16 AUKU !
link : Kecoh, Mahasiswa Tuntut Mansuhkan Seksyen 15 & 16 AUKU !
Kecoh, Mahasiswa Tuntut Mansuhkan Seksyen 15 & 16 AUKU !
Kekecohan berlaku apabila kumpulan 10 mahasiswa daripada Gabungan Pembebasan Akademik itu cuba mengadakan sidang media di lobi tetapi dihalang oleh pengawal keselamatan.
Keadaan kembali tenang apabila Maria Chin Abdullah (PH-Petaling Jaya), Rusnah Aluai (PH-Tangga Batu) dan Hassan Karim (PH-Pasir Gudang) hadir mendengar keluhan mereka dan bersetuju untuk menyampaikan mesej mereka kepada Maszlee.
Jurucakap kumpulan itu Sharan Raj berkata mereka gembira dengan pindaan AUKU yang dilakukan kerajaan semalam namun mereka mahu kerajaan memansuhkan sepenuhnya Seksyen 15 dan 16 akta berkenaan.
“Kita mahu kedua-dua seksyen tersebut juga dimansuhkan sepenuhnya kerana bagi kami seksyen terbabit masih lagi mengekang kebebasan mahasiswa. Contohnya Seksyen 16 masih membenarkan naib canselor membubarkan persatuan pelajar dan menghukum pelajar,” kata penuntut Universiti Tenaga Nasional itu kepada pemberita.
Semalam, Dewan Rakyat mencatat sejarah apabila meluluskan dengan sebulat suara pindaan terhadap AUKU 1971 yang membenarkan mahasiswa aktif berpolitik.
Pindaan tersebut membabitkan pemansuhan Seksyen 15(2)(c) AUKU yang menghalang mahasiswa terbabit dalam kegiatan politik di kampus, sekali gus memberi lebih banyak ruang dan kebebasan kepada mereka dalam bersuara serta berpolitik. #sumber
Demikianlah Artikel Kecoh, Mahasiswa Tuntut Mansuhkan Seksyen 15 & 16 AUKU !
Sekianlah artikel Kecoh, Mahasiswa Tuntut Mansuhkan Seksyen 15 & 16 AUKU ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Kecoh, Mahasiswa Tuntut Mansuhkan Seksyen 15 & 16 AUKU ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/12/kecoh-mahasiswa-tuntut-mansuhkan.html
0 Response to "Kecoh, Mahasiswa Tuntut Mansuhkan Seksyen 15 & 16 AUKU !"
Catat Ulasan