Loading...
Judul : Kekeliruan Punca Berlaku Persepsi, Kegusaran Terhadap LAMP
link : Kekeliruan Punca Berlaku Persepsi, Kegusaran Terhadap LAMP
Kekeliruan Punca Berlaku Persepsi, Kegusaran Terhadap LAMP
Rumusan itu terkandung dalam laporan penuh jawatankuasa yang ditubuhkan ekoran kontroversi operasi LAMP di Gebeng di sini, yang dimuatnaik di laman web https://ift.tt/2E1KQWw hari ini.
Laporan itu menyatakan kekeliruan itu melibatkan impak daripada kilang mengekstrak bahan nadir bumi yang mengandungi bahan radioaktif semulajadi (NORM) berbanding loji pepasangan nuklear atau loji yang menghasilkan torium atau uranium.
"Jawatankuasa eksekutif sependapat dengan Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Projek LAMP 2012 yang menyatakan berdasarkan fakta saintifik, takrifan undang-undang dan maklumat pakar, projek LAMP merupakan kilang kimia yang menghasilkan nadir bumi dan bukannya loji nuklear atau aktiviti perlombongan," menurut laporan itu.
Laporan itu juga menyarankan pihak LAMP menyusun atur strategi komunikasi yang lebih efektif kepada kumpulan sasar iaitu orang awam, khususnya kepada Badan Bukan Kerajaan (NGO) dalam menangani isu konflik mengenai risiko yang jelas dan berkesan dengan merujuk kepada fakta tepat dan terkini.
Selain itu, jawatankuasa juga menyarankan supaya satu jawatankuasa pemantuan ditubuhkan dengan keanggotaannya diperluaskan termasuk kepada kementerian berkaitan, pakar bidang terlibat dan wakil masyarakat setempat serta pihak LAMP sendiri.
"Industri berteknologi tinggi menggunakan NORM merupakan industri yang akan berkembang pesat di masa hadapan. Oleh demikian, jawatankuasa ini menyarankan kerajaan melihat perkembangan industri ini secara holistik," menurut laporan itu.
Laporan itu menambah LAPM bagaimanapun masih perlu mengambil langkah-langkah tambahan dalam pengendalian sisa buangan Water Leached Purification Residue (WLP) yang merupakan sisa pepejal yang mengandungi NORM, bagi kelestarian pemeliharaan komuniti dan alam sekitar.
Selain WLP, operasi LAMP yang bermula sejak 2012 juga menghasilkan sisa Neutralization Underflow Residue (NUF) yang dikategorikan sebagai bahan buangan terjadual yang mana pengurusannya dikawal selia oleh Jabatan Alam Sekitar.
Jawatankuasa yang dianggotai enam pakar dan saintis itu seterusnya menyarankan LAMP segera mengenalpasti lokasi dan membina fasiliti pelupusan kekal (PDF) bagi residu WLP dan kerja saringan tapak bagi tujuan itu perlu dibuat sebelum pembaharuan lesen yang mana lesen sedia akan tamat pada 2 Sept 2019.
“Perkara ini perlu dilakukan tanpa menunggu hasil kajian ke atas pengkitaran semula (sisa WLP yang sedang dilakukan) kerana mengambil kira risiko peningkatan residu terkumpul di tapak terdedah kepada ancaman akibat perubahan cuasa dan bencana alam akibat perubahan iklim. #sumber
Demikianlah Artikel Kekeliruan Punca Berlaku Persepsi, Kegusaran Terhadap LAMP
Sekianlah artikel Kekeliruan Punca Berlaku Persepsi, Kegusaran Terhadap LAMP kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Kekeliruan Punca Berlaku Persepsi, Kegusaran Terhadap LAMP dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/12/kekeliruan-punca-berlaku-persepsi.html

0 Response to "Kekeliruan Punca Berlaku Persepsi, Kegusaran Terhadap LAMP"
Catat Ulasan