Loading...
Judul : Kerajaan Putuskan Skim Bayaran Baharu PTPTN Di Tangguhkan
link : Kerajaan Putuskan Skim Bayaran Baharu PTPTN Di Tangguhkan
Kerajaan Putuskan Skim Bayaran Baharu PTPTN Di Tangguhkan
KUALA LUMPUR - Kerajaan memutuskan untuk mengantung pelaksanaan skim pembayaran semula untuk peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
Dalam satu kenyataan hari ini, Menteri Pendidikan, Maszlee Malik berkata, skim itu digantung buat sementara waktu.
"Skim pembayaran semula PTPTN akan digantung buat sementara waktu sehingga kami menerima input dan maklum balas secara kolektif daripada semua pemegang taruh," katanya melalui Twitter tengah hari ini.
Pada 5 Disember lalu, Pengerusi PTPTN, Wan Saiful Wan Jan mengumumkan langkah badan itu untuk melaksanakan skim bayaran balik pinjaman secara progresif atau potongan gaji berjadual (PGB) mulai Januari 2019.
Jelasnya, pemotongan tersebut akan dibuat berdasarkan kepada gaji yang diterima peminjam PTPTN apabila mereka dibayar RM2,000 sebulan.
Berdasarkan PGB, peminjam berpendapatan RM2,000-RM2,499.99 perlu membayar dua peratus iaitu RM40 hingga RM49.99 dan bagi yang berpendapatan RM2,500-RM2,999.99 sebanyak tiga peratus (RM75-RM89.99).
Peminjam berpendapatan RM3,000-RM3,999.99 pula dikenakan lima peratus (RM150-RM199.99); RM4,000-RM5,999.99 (lapan peratus iaitu RM320-RM479.99); RM6,000-RM7,999.99 (10 peratus iaitu RM600-RM799.99) dan bagi yang berpendapatan RM8,000 ke atas perlu membayar 15 peratus iaitu RM1,200 dan ke atas.
Pengumuman PTPTN itu mendapat pelbagai reaksi pelbagai pihak termasuk ahli politik yang mahu kaedah itu dipertimbangkan semula supaya tidak membebankan peminjam. #sumber
Demikianlah Artikel Kerajaan Putuskan Skim Bayaran Baharu PTPTN Di Tangguhkan
Sekianlah artikel Kerajaan Putuskan Skim Bayaran Baharu PTPTN Di Tangguhkan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Kerajaan Putuskan Skim Bayaran Baharu PTPTN Di Tangguhkan dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/12/kerajaan-putuskan-skim-bayaran-baharu.html
0 Response to "Kerajaan Putuskan Skim Bayaran Baharu PTPTN Di Tangguhkan"
Catat Ulasan