Loading...
Judul : Khairy Jamaluddin Desak UMNO Adakan Pemilihan Serta-Merta
link : Khairy Jamaluddin Desak UMNO Adakan Pemilihan Serta-Merta
Khairy Jamaluddin Desak UMNO Adakan Pemilihan Serta-Merta
SHAH ALAM - Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menggesa parti itu mengadakan pemilihan parti serta-merta.
Kenyataan tersebut dibuat selepas menyaksikan UMNO di Sabah lumpuh dengan Pengerusinya, Datuk Seri Hajiji Mohd Noor bersama 14 wakil rakyat dan 21 ketua bahagian meninggalkan parti itu.
"Setuju. (Adakan) pemilihan parti serta-merta," ciapnya di Twitter, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika meninggalkan komen pada ciap ulang pandangan pengguna Twitter yang menggunakan nama @SyedRifqi99 yang mencadangkan supaya semua sayap UMNO dan anggota majlis tertinggi parti itu perlu menuntut Presiden Parti, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meletakkan jawatan.
Mengulas lanjut, Khairy menerusi posting berbeza di Twitternya turut menyindir pemimpin Sabah yang meninggalkan parti tersebut.
"Masa pemilihan, Sabah beri sokongan padu untuk Ahmad Zahid. Masa Pehimpunan Agung UMNO, Tan Sri Pandirkar Amin Mulia dalam perbahasan menyerang saya sebagai Si Tanggang sebab kritik Presiden parti.
"Kelmarin, Pandikar keluar UMNO. Sekadar pemakluman anda sahaja," katanya ketika menciap ulang pandangan pengguna Twitter.
Kelmarin, Naib Pemuda UMNO Sabah, Ghazalie Ansing mendesak Ahmad Zahid segera melepaskan jawatan kerana didakwa hilang penguasaan terhadap parti dan tidak lagi dihormati oleh pimpinan dan ahli.
Hari ini, Ahli Parlimen Arau, Shahidan Kassim dan Ahli Parlimen Jempol, Mohd Salim Mohd Sharif menggesa Ahmad Zahid mengosongkan jawatan sementara menunggu proses perbicaraan di mahkamah berhubung 46 pertuduhan yang dihadapinya. #sumber
Demikianlah Artikel Khairy Jamaluddin Desak UMNO Adakan Pemilihan Serta-Merta
Sekianlah artikel Khairy Jamaluddin Desak UMNO Adakan Pemilihan Serta-Merta kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Khairy Jamaluddin Desak UMNO Adakan Pemilihan Serta-Merta dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/12/khairy-jamaluddin-desak-umno-adakan.html
0 Response to "Khairy Jamaluddin Desak UMNO Adakan Pemilihan Serta-Merta"
Catat Ulasan