Loading...
Judul : Krismas: Diskaun Tol 10 Peratus Lebuh Raya Karak Dan LPT1 !
link : Krismas: Diskaun Tol 10 Peratus Lebuh Raya Karak Dan LPT1 !
Krismas: Diskaun Tol 10 Peratus Lebuh Raya Karak Dan LPT1 !
KUANTAN - Pemegang konsesi Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dan Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 1 (LPT 1) Anih Bhd mengumumkan diskaun tol sebanyak 10 peratus sempena cuti perayaan Hari Krismas untuk semua jenis kenderaan.
Diskaun tol itu berkuat kuasa dalam tempoh 24 jam bermula pukul 12 tengah malam hingga 11.59 malam pada Selasa, 25 Disember ini.
Pengarah Eksekutif Anih Bhd., Datuk Nik Fauzi Nik Hussein dalam kenyataan hari ini, memaklumkan pemberian diskaun itu merupakan inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat sejak tahun 2011 bagi pengguna lebuh raya berkenaan.
Beliau berkata, waktu puncak aliran trafik dijangkakan membanjiri Lebuh Raya KLK dan LPT 1 sempena cuti Hari Krismas adalah pada 22 Disember, bermula pukul 9 pagi hingga 2 petang untuk trafik menghala ke pantai timur dan pada 23 dan 25 Disember, iaitu antara pukul 4 petang hingga 12 malam untuk trafik menghala ke arah Kuala Lumpur.
Nik Fauzi berkata, pengguna yang ingin menuju ke pantai timur boleh mendapatkan Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) di laman web Anih Bhd. atau mengikuti Twitter @LPTTrafik dan Facebook Lebuh Raya Pantai Timur.
"TTA ini disediakan untuk membantu menyuraikan trafik dan mengurangkan kenderaan bertembung pada satu masa yang sama di plaza tol (pada waktu puncak), khususnya di Plaza Tol Gombak, Plaza Tol Bentong dan Plaza Tol Karak hingga boleh menyebabkan kesesakan," menurutnya. #sumber
Demikianlah Artikel Krismas: Diskaun Tol 10 Peratus Lebuh Raya Karak Dan LPT1 !
Sekianlah artikel Krismas: Diskaun Tol 10 Peratus Lebuh Raya Karak Dan LPT1 ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Krismas: Diskaun Tol 10 Peratus Lebuh Raya Karak Dan LPT1 ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/12/krismas-diskaun-tol-10-peratus-lebuh.html
0 Response to "Krismas: Diskaun Tol 10 Peratus Lebuh Raya Karak Dan LPT1 !"
Catat Ulasan