Loading...
Judul : Kumpulan Anti-Lynas Dakwa Mereka Ada Bukti Penyelewengan
link : Kumpulan Anti-Lynas Dakwa Mereka Ada Bukti Penyelewengan
Kumpulan Anti-Lynas Dakwa Mereka Ada Bukti Penyelewengan
KUANTAN - Kumpulan anti kilang pemprosesan nadir bumi Lynas Advanced Materials Plant (LAMP), Save Malaysia Stop Lynas (SMSL) mendakwa mempunyai bukti wujud penyelewengan berhubung kilang itu.
Pengerusinya Tan Bun Teet mendakwa maklumat yang turut melibatkan jabatan kerajaan itu telah dikumpulkan sejak Lynas memulakan operasinya di Gebeng, di sini enam tahun lalu.
"Kami mempunyai dokumen setebal 117 halaman... banyak unsur yang boleh membuktikan ada penyelewengan. Kita akan bawa kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) apabila sampai masanya," katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Beliau bagaimanapun tidak dapat memberikan tarikh laporan SPMRM itu akan dibuat selain enggan mendedahkan lebih lanjut akan dakwaan berkenaan.
Tan seterusnya mengulangi desakan agar ahli politik yang memperjuangkan isu LAMP sebelum pilihan raya umum lalu mengotakan janji walaupun perkara berkenaan tidak terkandung dalam manifesto. #sumber
Demikianlah Artikel Kumpulan Anti-Lynas Dakwa Mereka Ada Bukti Penyelewengan
Sekianlah artikel Kumpulan Anti-Lynas Dakwa Mereka Ada Bukti Penyelewengan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Kumpulan Anti-Lynas Dakwa Mereka Ada Bukti Penyelewengan dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/12/kumpulan-anti-lynas-dakwa-mereka-ada.html

0 Response to "Kumpulan Anti-Lynas Dakwa Mereka Ada Bukti Penyelewengan"
Catat Ulasan