Loading...
Judul : Lelaki Parah Ditetak Suspek Samun Di Plaza Sinar Suria, Sentul
link : Lelaki Parah Ditetak Suspek Samun Di Plaza Sinar Suria, Sentul
Lelaki Parah Ditetak Suspek Samun Di Plaza Sinar Suria, Sentul
Dalam kejadian pukul 8.30 pagi itu, mangsa berusia 24 tahun parah ditetak di bahagian kepala dan belakang bahu oleh seorang lelaki.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner S. Shanmugamoorthy berkata, mangsa didatangi seorang lelaki bersenjatakan kapak ketika ingin mengeluarkan wang.
Katanya, berlaku pergelutan antara mereka ketika suspek mengarahkan mangsa mengeluarkan wang.
“Dalam pergelutan itu, suspek bertindak menetak bahagian kepala dan belakang bahu mangsa sebelum melarikan diri menaiki sebuah pacuan empat roda.
“Mangsa tidak mengalami sebarang kerugian dan mendapatkan rawatan lanjut di Hospital Kuala Lumpur,” katanya semalam.
Menurutnya lagi, bertindak atas maklumat dan risikan pihak polis berjaya menahan dua lelaki dipercayai terlibat dalam kes berkenaan.
“Dua lelaki berusia 24 dan 33 tahun itu ditahan sekitar ibu negara pada pukul 10 malam tadi.
“Permohonan reman terhadap suspek akan dibuat esok dan kes disiasat mengikut Seksyen 393/397 Kanun Kesesksaan iaitu samun menggunakan senjata,” ujarnya. #sumber
Demikianlah Artikel Lelaki Parah Ditetak Suspek Samun Di Plaza Sinar Suria, Sentul
Sekianlah artikel Lelaki Parah Ditetak Suspek Samun Di Plaza Sinar Suria, Sentul kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Lelaki Parah Ditetak Suspek Samun Di Plaza Sinar Suria, Sentul dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/12/lelaki-parah-ditetak-suspek-samun-di.html
0 Response to "Lelaki Parah Ditetak Suspek Samun Di Plaza Sinar Suria, Sentul"
Catat Ulasan