Loading...

Lelaki Terkejut Ular Sawa 6 Meter Menyusur Bawah Jengkaut !

Loading...
Lelaki Terkejut Ular Sawa 6 Meter Menyusur Bawah Jengkaut ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Lelaki Terkejut Ular Sawa 6 Meter Menyusur Bawah Jengkaut !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Lelaki Terkejut Ular Sawa 6 Meter Menyusur Bawah Jengkaut !
link : Lelaki Terkejut Ular Sawa 6 Meter Menyusur Bawah Jengkaut !

Baca juga


Lelaki Terkejut Ular Sawa 6 Meter Menyusur Bawah Jengkaut !


JERANTUT - Seorang pemandu jengkaut terkejut apabila mendapati seekor ular sawa sepanjang enam meter menyusur di bawah jentera yang sedang dikendalikannya di Kampung Ulu Teh di sini semalam.

Musliadi Md. Yusuf, 33, yang berasal dari Acheh, Indonesia berkata, ular sawa tersebut dijumpai kira-kira pukul 10 pagi ketika melakukan kerja membersihkan kawasan pinggir hutan di kampung itu.

"Semasa membersihkan pinggir hutan di kawasan milik tuan tanah, tiba-tiba seekor ular sawa keluar dari celah batu dan menyusur di bawah jengkaut.

"Saya terkejut kerana ular sawa itu sangat besar dan berbahaya kalau ia terserempak dengan manusia," katanya ketika ditemui Kosmo! Online di sini hari ini.

Difahamkan, kehadiran reptilia pemangsa seberat kira-kira 80 kilogram berkenaan dipercayai berpunca daripada aktiviti penerokaan hutan di tanah milik persendirian bagi tujuan membuka kawasan pertanian baharu.

Ujar Musliadi, dia segera mengundurkan jengkaut untuk mengelak diri daripada diserang reptilia pemangsa tersebut yang berkelakuan agresif.

"Saya berhati-hati mengalihkan ular itu dengan jengkaut supaya ia tidak tercedera. Semasa dialihkan, ular itu mengeluarkan sebatang duri landak dari mulutnya. Mungkin dia baru lepas telan seekor landak.

"Duri landak itu saya masih simpan. Ular itu dilepaskan semula ke hutan berhampiran. Saya bekerja di kawasan hutan selama 14 tahun dan ini kali pertama melihat ular sawa sebesar itu," tambahnya.  #sumber


Demikianlah Artikel Lelaki Terkejut Ular Sawa 6 Meter Menyusur Bawah Jengkaut !

Sekianlah artikel Lelaki Terkejut Ular Sawa 6 Meter Menyusur Bawah Jengkaut ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Lelaki Terkejut Ular Sawa 6 Meter Menyusur Bawah Jengkaut ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/12/lelaki-terkejut-ular-sawa-6-meter.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Lelaki Terkejut Ular Sawa 6 Meter Menyusur Bawah Jengkaut !"

Catat Ulasan

Loading...