Loading...

Masjid Temerloh Jaya Adakan Solat Jenazah Ghaib Untuk Adib

Loading...
Masjid Temerloh Jaya Adakan Solat Jenazah Ghaib Untuk Adib - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Masjid Temerloh Jaya Adakan Solat Jenazah Ghaib Untuk Adib, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Masjid Temerloh Jaya Adakan Solat Jenazah Ghaib Untuk Adib
link : Masjid Temerloh Jaya Adakan Solat Jenazah Ghaib Untuk Adib

Baca juga


Masjid Temerloh Jaya Adakan Solat Jenazah Ghaib Untuk Adib


TEMERLOH - Pengurusan Masjid Taman Temerloh Jaya turut tidak ketinggalan menganjurkan solat jenazah ghaib malam tadi bagi wira negara, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim, 24.

Timbalan Pengerusi masjid itu, Ramizul Amin Ishak berkata, pemergian anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) itu satu berita mengejutkan dan kehilangan buat negara.

Menurutnya, ia satu tragedi menyedihkan dan sangat menyentuh hati semua rakyat Malaysia.

"Bagi pihak seluruh jemaah masjid, kami ingin menyampaikan rasa simpati dan takziah buat seluruh ahli keluarga Allahyarham Muhammad Adib selain mendoakan Allahyarham ditempatkan bersama orang-orang soleh.

"Dan kami berharap seluruh ahli keluarga Allahyarham bersabar di atas dugaan dan ujian yang dihadapi," katanya lagi.

Solat terbabit diadakan sebelum Isyak dan dipimpin oleh Ramizul sendiri.

Allahyarham Muhammad Adib menghembuskan nafas terakhir pada jam 9.41 malam semalam selepas menerima rawatan selama 20 hari di Institut Jantung Negara (IJN).

Allahyarham mengalami kecederaan parah dalam kejadian rusuh di Kuil Sri Maha Mariamman, Seafield, USJ25, Subang Jaya pada 27 November lalu. #sumber


Demikianlah Artikel Masjid Temerloh Jaya Adakan Solat Jenazah Ghaib Untuk Adib

Sekianlah artikel Masjid Temerloh Jaya Adakan Solat Jenazah Ghaib Untuk Adib kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Masjid Temerloh Jaya Adakan Solat Jenazah Ghaib Untuk Adib dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/12/masjid-temerloh-jaya-adakan-solat.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Masjid Temerloh Jaya Adakan Solat Jenazah Ghaib Untuk Adib"

Catat Ulasan

Loading...