Loading...
Judul : Pemberian 'Dividen' Kepada Peserta Felcra Perlu Di Segerakan !
link : Pemberian 'Dividen' Kepada Peserta Felcra Perlu Di Segerakan !
Pemberian 'Dividen' Kepada Peserta Felcra Perlu Di Segerakan !
KUANTAN: Kerajaan Pakatan Harapan (PH) digesa mempertimbangkan pemberian dividen segera untuk para peserta Felcra yang terdiri dari pekebun kecil bagi meringankan bebanan mereka menjelang musim persekolahan 2019 tidak lama lagi.
Demikian ditegaskan oleh Mohd Amiruddin Jabar, 58, (foto), ketika ditemui di Konvensyen Bersatu Negeri Pahang di Komplek Dagangan Mahkota (KDM) dekat sini semalam.
Beliau yang merupakan pemimpin Bersatu Bahagian Temerloh berkata, dia sudah mengajukan perkara itu kepada Pengarah Felcra Pahang namun beliau tidak dapat memberikan jawapan kerana tidak tahu keputusan pusat.
"Dia (Pengarah Felcra Pahang) cakap, terpulang kepada menteri untuk memberi dividen pada bulan Disember ini. Sepatunya pada 1 haribulan lalu, pekebun kecil sudah menerima dividen masing-masing untuk Felcra. Tapi sampai sekarang masih belum dapat lagi..", katanya.
Beliau berharap agar dividen tersebut dapar diberikan segera kerana untuk orang-orang kampung susah dan terpaksa pula menanggung belanja anak-anak mereka untuk musim persekolahan baru yang akan tiba tidak lama lagi.
"Memang masalah, orang kampun mengadu kepada saya..jadi saya harap perkara ini dapat diberi perhatian oleh menteri yang berkenaan. Kerana inilah masalah orang-orang kampung terutamanya kampung tradisional", tambah beliau lagi. #PDO
Demikianlah Artikel Pemberian 'Dividen' Kepada Peserta Felcra Perlu Di Segerakan !
Sekianlah artikel Pemberian 'Dividen' Kepada Peserta Felcra Perlu Di Segerakan ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Pemberian 'Dividen' Kepada Peserta Felcra Perlu Di Segerakan ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/12/pemberian-dividen-kepada-peserta-felcra.html
0 Response to "Pemberian 'Dividen' Kepada Peserta Felcra Perlu Di Segerakan !"
Catat Ulasan