Loading...

Prof Ir Dr Wan Azhar Di Lantik Timbalan Naib Canselor UMP

Loading...
Prof Ir Dr Wan Azhar Di Lantik Timbalan Naib Canselor UMP - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Prof Ir Dr Wan Azhar Di Lantik Timbalan Naib Canselor UMP, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Prof Ir Dr Wan Azhar Di Lantik Timbalan Naib Canselor UMP
link : Prof Ir Dr Wan Azhar Di Lantik Timbalan Naib Canselor UMP

Baca juga


Prof Ir Dr Wan Azhar Di Lantik Timbalan Naib Canselor UMP


KUANTAN - Pensyarah Fakulti Kejuruteraan Mekanikal Universiti Malaysia Pahang Prof Ir. Dr Wan Azhar Wan Yusoff dilantik sebagai Timbalan Naib Canselor yang baharu bagi tempoh tiga tahun berkuat kuasa 1 Dis lalu.

Dalam satu kenyataan di sini, UMP berkata pelantikan Wan Azhar dibuat oleh Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik bagi menggantikan Prof Datuk Dr Rosli Mohd Yunus yang tamat tempoh perjawatan.

Naib Canselor UMP Prof Datuk Seri Daing Nasir Ibrahim berkata pelantikan Wan Azhar dilihat dapat membantu UMP terus cemerlang dan menjadi antara universiti terunggul dalam bidang kejuruteraan dan teknologi di Malaysia dan antarabangsa. 

Beliau turut berterima kasih kepada Rosli atas khidmatnya dalam membantu memartabatkan UMP sebagai antara universiti terbaik di Asia. 

"Berada di landasan terbaik, UMP perlu memastikan pembentukan kurikulum akademik lebih inovatif dan disokong kakitangan yang kompeten, profesional serta menjadikan infrastruktur akademik lebih efisien berorientasikan keperluan industri dan masyarakat," katanya dipetik oleh kenyataan itu. 

Wan Azhar merupakan lulusan Sarjana Muda Sains Kejuruteraan Mekanikal, Universiti Michigan Ann Arbor di Amerika Syarikat (AS) serta mempunyai sarjana sains dalam kejuruteraan mekanikal daripada Rensselaer Polytechnic Institute, AS dan Doktor Falsafah (Teknologi Pembuatan Termaju) Universiti Sains Malaysia. #sumber


Demikianlah Artikel Prof Ir Dr Wan Azhar Di Lantik Timbalan Naib Canselor UMP

Sekianlah artikel Prof Ir Dr Wan Azhar Di Lantik Timbalan Naib Canselor UMP kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Prof Ir Dr Wan Azhar Di Lantik Timbalan Naib Canselor UMP dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/12/prof-ir-dr-wan-azhar-di-lantik-timbalan.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Prof Ir Dr Wan Azhar Di Lantik Timbalan Naib Canselor UMP"

Catat Ulasan

Loading...