Loading...

Rina: Kurangkan Migrasi Generasi Muda Luar Bandar Ke Bandar

Loading...
Rina: Kurangkan Migrasi Generasi Muda Luar Bandar Ke Bandar - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Rina: Kurangkan Migrasi Generasi Muda Luar Bandar Ke Bandar, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Rina: Kurangkan Migrasi Generasi Muda Luar Bandar Ke Bandar
link : Rina: Kurangkan Migrasi Generasi Muda Luar Bandar Ke Bandar

Baca juga


Rina: Kurangkan Migrasi Generasi Muda Luar Bandar Ke Bandar


JASIN - Migrasi generasi muda luar bandar ke bandar perlu dikurangkan dalam usaha memastikan generasi itu dapat memain peranan penting memajukan kawasan luar bandar, kata Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Rina Mohd Harun.

Beliau berkata generasi muda luar bandar bermigrasi ke bandar dalam usaha mencari pekerjaan dan kehidupan lebih baik, namun amat menyedihkan apabila ada dalam kalangan mereka yang terhimpit dengan kos sara hidup seterusnya menjadi golongan miskin bandar.

"Kita tidak boleh salahkan mereka kerana mereka mahu mencari kehidupan yang lebih baik, apa yang perlu kita lakukan ialah wujudkan lebih banyak peluang pekerjaan dan peluang meningkatkan sosio-ekonomi di kawasan luar bandar.

"Akhirnya ini dapat mewujudkan kawasan luar bandar mampan yang mampu membantu seluruh masyarakat," katanya ketika berucap merasmikan Program 1,000 Seri dan Penyerahan Pek Sumbangan “Jom Kembali Ke Sekolah” di sini, malam ini.

Turut hadir Exco Industri, Perdagangan dan Pelaburan Melaka, Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen.

Rina berkata buat permulaan, beliau dan kementeriannya mahu memastikan setiap rakyat Malaysia yang tinggal di kawasan luar bandar menikmati kemudahan asas seperti bekalan elektrik, air dan jalan raya.

"Saya tidak mahu bercakap tentang bina bangunan bertingkat di kawasan luar bandar selagi masih ada masyarakat luar bandar tidak menikmati kemudahan asas.

"Kita sudah adakan kajian dan buat pelan pembangunan luar bandar, jadi kita kini fokus untuk bantu masyarakat luar bandar," katanya. #sumber


Demikianlah Artikel Rina: Kurangkan Migrasi Generasi Muda Luar Bandar Ke Bandar

Sekianlah artikel Rina: Kurangkan Migrasi Generasi Muda Luar Bandar Ke Bandar kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Rina: Kurangkan Migrasi Generasi Muda Luar Bandar Ke Bandar dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/12/rina-kurangkan-migrasi-generasi-muda.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Rina: Kurangkan Migrasi Generasi Muda Luar Bandar Ke Bandar"

Catat Ulasan

Loading...