Loading...
Judul : Rusuhan Kuil, Musa Hassan Perlu Hati-Hati Keluar Kenyataan !
link : Rusuhan Kuil, Musa Hassan Perlu Hati-Hati Keluar Kenyataan !
Rusuhan Kuil, Musa Hassan Perlu Hati-Hati Keluar Kenyataan !
KUALA LUMPUR: NGO Angkatan Pembela Rakyat (Angkara) hari ini menyelar kenyataan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hasan yang menyifatkan pihak berkuasa lambat bertindak dalam kes rusuhan Kuil Sri Maha Mariamman akhir bulan lalu.
Baca artikel >> Polis patut bertindak masa ‘panas’ bukan lepas ‘basi’, kata Musa Hassan
Bekas ketua polis negara berkata perusuh patut ditangkap secara “besar-besaran” ketika situasi “masih panas”, bukannya selepas kejadian. Beliau kemudian mendakwa ketika dia memimpin Polis Diraja Malaysia (PDRM) semasa berlakunya perhimpunan Hindraf di Ampang Park, seramai 130 individu ditangkap pada hari kejadian.
Mengulas lanjut kenyataan Musa Hassan itu, Penyelaras NGO terbabit Mohd Shukri Mohd Ramli mendakwa kenyataan itu tidak sepatutnya keluar dari mulut seorang bekas Ketua Polis Negara.
Malahan kata beliau lagi, rusuhan di kuil itu tidak dirancang dari awal yang membolehkan pihak polis bersiap sedia di lokasi seperti himpunan Hindraf. Kejadian pula katanya berlaku pada awal pagi. Polis hanya dimaklum selepas kejadian berlaku dan ia menyukarkan pihak polis untuk menangkap sesiapa yang terlibat secara sesuka hati katanya.
"Saya melihat situasi Hindraf berbeza dengan rusuhan kuil. Pihak polis sudah membuat persiapan yang rapi untuk bertindak tegas kepada mereka yang terlibat. Sebaliknya ketika rusuhan kuil, pihak polis datang dengan maklumat yang berbeza-beza. Malah, banyak provokasi yang dilakukan oleh pihak-pihak tertentu di media sosial yang menyebabkan polis perlu berhati-hati menangkap sesiapa yang berkenaan, termasuk juga menggunakan kekerasan", tambah Shukri lagi.
Justeru itu, sebagai bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan haru berhati-hati mengeluarkan kenyataan yang dilihat cuba menjatuhkan imej dan integriti Polis DiRaja Malaysia yang pernah dipimpinnya dahulu.
Kita tidak mahu akhirnya Musa Hassan menjadi satu-satunya bekas Ketua Polis Negara yang dituduh menghasut rakyat selepas ini. #PDO
Demikianlah Artikel Rusuhan Kuil, Musa Hassan Perlu Hati-Hati Keluar Kenyataan !
Sekianlah artikel Rusuhan Kuil, Musa Hassan Perlu Hati-Hati Keluar Kenyataan ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Rusuhan Kuil, Musa Hassan Perlu Hati-Hati Keluar Kenyataan ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/12/rusuhan-kuil-musa-hassan-perlu-hati.html



0 Response to "Rusuhan Kuil, Musa Hassan Perlu Hati-Hati Keluar Kenyataan !"
Catat Ulasan