Loading...

Safian Ismail Pecah Rekod SS Kontrak Paling Lama Di Pahang !

Loading...
Safian Ismail Pecah Rekod SS Kontrak Paling Lama Di Pahang ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Safian Ismail Pecah Rekod SS Kontrak Paling Lama Di Pahang !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Safian Ismail Pecah Rekod SS Kontrak Paling Lama Di Pahang !
link : Safian Ismail Pecah Rekod SS Kontrak Paling Lama Di Pahang !

Baca juga


Safian Ismail Pecah Rekod SS Kontrak Paling Lama Di Pahang !


KUANTAN:  Belum pernah ada dalam sejarah seorang Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di negeri ini yang memegang jawatan hingga melebihi tempoh 10 tahun. 

Namun inilah yang terjadi kepada Dato' Sri Muhammad Safian bin Ismail yang dilaporkan memegang jawatan tersebut "terlalu lama" hingga menjadi bualan umum terutamanya penjawat awam di negeri ini. 

Difahamkan, sepatunya beliau sudah bersara dari jawatan tersebut, namun kelibatnya masih kelihatan di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, di Wisma Sri Pahang hingga ke hari ini. 

Safian yang sudah berkhidmat sebagai SUK sejak 19 Oktober 2007, sepatutnya sudah menamatkan perkhidmatan beberapa tahun yang lalu. Namun, kontraknya telah disambung beberapa kali hingga menafikan hak pegawai lain untuk mengisi jawatan tersebut.

Malah, ada dakwaan beberpa orang pegawai lain yang sepatutnya menggantikan beliau kini sudah bersara wajib. Ini memusykilkan ramai pihak sebenarnya. 

"Kita menghormati pendirian Kerajaan Negeri Pahang, untuk menyambung kontrak beliau (Safian). Namun, jika sudah terlalu lama ia mencetuskan polimik dan menafikan hak pegawai lain untuk naik ke situ (SUK), maka ia tidak wajar. Tambahan pula beliau turut terpalit dengan berbagai kontorversi yang senagaja dirahsiakan", kata seorang kakitangan awam yang ditemui. 

Justeru, Kerajaan Negeri Pahang digesa mengkaji semula tindakan menyambung kontrak terlalu lama dengan menafikan pencapaian pegawai lain untuk mengisi kekosongan jawatan tersebut.

Akibat terlalu lama berada di situ, kita takut nama beliau (Safian) terus dikaitkan dengan berbagai isu-isu termasuk penyalah gunaan kuasa. Malah, ada banyak laporan daripada orang ramai tentang perkara ini sebenarnya, cuma mereka tidak berani mendedahkannya kerana ketika itu kerajaan pusat ialah Barisan Nasional (BN).

Namun, kini kerajaan pusat dikuasai oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH), yang amat bertegas tentang rasuah dan penyalahgunaan kuasa. Justeru, ada ramai pihak khabarnya sedang bersiap sedia untuk membuat laporan kepada SPRM Putrajaya tentang isu-isu yang melibatkan beliau. 

Mereka tidak mahu membuat laporan ke SPRM Pahang, kerana banyak isu yang didedahkan selama ini tidak mendapat perhatian sewajarnya termasuk yang membabitkan pemimpin besar di negeri ini. 

Demi menjaga nama baik beliau (Safian), maka eloklah jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) dilepaskan kepada pegawai lain. Ramai yang takut, lama kelamaan satu persatu isu berkaitan terbongkar dan ia boleh menjatuhkan imej beliau sendiri akhirnya. 

"Beliau (Safian) bijak berkata-kata menasihatkan pegawai awam di negeri ini agar lebih berintegriri, bertanggungjawab dan tidak terpalit dengan penyalahgunaan kuasa... namun hakikatnya hampir semua antara kami tahu apa yang dilakukan oleh beliau. Banyak isu berkaitan beliau sudah menjadi buah mulut rakyat negeri ini..", kata sumber.

Malah, isu ini  juga bila terdedah ia boleh menjejaskan nama baik Kerajaan Negeri Pahang.  Berilah peluang kepada pegawai lain pula untuk memikul tanggungjawab sebagai Setiausaha Kerajaan (SUK).

Dalam sejarah negeri Pahang ini, hanya Setuasaha Kerajaan Negeri kelima iaitu Dato' Kurnia Angkasa Ismail bin Mohd Jamil yang berkhidmat selama 8 tahun dari 25 Mac 1957 hingga 11 Februari 1965. 

Itu pun mungkin perkhidmatannya secara biasa dan bukannya kontrak yang disambung-sambung seperti sekarang ini. Moga Kerajaan Negeri Pahang dapat memikirkan alternatif terbaik untuk menangani perkara ini secara profesional hendaknya. #PDO


Demikianlah Artikel Safian Ismail Pecah Rekod SS Kontrak Paling Lama Di Pahang !

Sekianlah artikel Safian Ismail Pecah Rekod SS Kontrak Paling Lama Di Pahang ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Safian Ismail Pecah Rekod SS Kontrak Paling Lama Di Pahang ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/12/safian-ismail-pecah-rekod-ss-kontrak.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Safian Ismail Pecah Rekod SS Kontrak Paling Lama Di Pahang !"

Catat Ulasan

Loading...