Loading...

SPR: Pilihan Raya Kecil Cameron Highlands 26 Januari 2019 !

Loading...
SPR: Pilihan Raya Kecil Cameron Highlands 26 Januari 2019 ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul SPR: Pilihan Raya Kecil Cameron Highlands 26 Januari 2019 !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : SPR: Pilihan Raya Kecil Cameron Highlands 26 Januari 2019 !
link : SPR: Pilihan Raya Kecil Cameron Highlands 26 Januari 2019 !

Baca juga


SPR: Pilihan Raya Kecil Cameron Highlands 26 Januari 2019 !


PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 26 Januari 2019 sebagai hari pengundian bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) untuk kerusi Parlimen Cameron Highlands, Pahang.

Pengerusi SPR, Azhar Azizan Harun berkata,  pihaknya menetapkan hari penamaan calon bagi PRK itu pada 12 Januari manakala hari pengundian awal pada 22 Januari.

Menurutnya, sebanyak 32,009 pemilih layak mengundi bagi PRK itu mengikut daftar pemilih sehingga suku ketiga 2018 yang telah dikemas kini pada November lalu.

"Tempoh berkempen yang ditetapkan adalah selama 14 hari bermula pada hari penamaan calon sehingga pukul 11.59 malam, 25 Januari 2019," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar selepas Mesyuarat Khas PRK Parlimen Cameron Highlands di sini hari ini.

Isnin lalu, Kosmo! Online melaporkan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md. Yusof mengesahkan kerusi Parlimen Cameron Highlands adalah kosong dan PRK bagi kawasan itu akan diadakan dalam masa terdekat.

Pengesahan itu dibuat selepas Mohamad Ariff menerima makluman daripada SPR bahawa penyandang sebelum ini, Datuk C. Sivarraajh gagal mengemukakan rayuan kepada Hakim Mahkamah Pilihan Raya dalam tempoh yang ditetapkan.

Pada 30 November lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan kemenangan Sivarraajh bagi kerusi Parlimen Cameron Highlands pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) adalah terbatal dan tidak sah ekoran berlakunya amalan rasuah untuk mempengaruhi pengundi di kawasan itu.

Pada PRU-14, Sivarraajh yang juga merupakan Naib Presiden MIC menang di kerusi Parlimen Cameron Highlands yang melibatkan saingan lima penjuru dengan majoriti 597 undi.

Sivarraajh memperoleh 10,307 undi menewaskan Manogaran dari PKR yang memperoleh 9,710 undi; Wan Mahadir Wan Mahmud dari PAS (3,587 undi); Mohd. Tahir Kassim dari Berjasa (81 undi) dan B. Suresh Kumar dari Parti Sosialis Malaysia (680 undi). #sumber


Demikianlah Artikel SPR: Pilihan Raya Kecil Cameron Highlands 26 Januari 2019 !

Sekianlah artikel SPR: Pilihan Raya Kecil Cameron Highlands 26 Januari 2019 ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel SPR: Pilihan Raya Kecil Cameron Highlands 26 Januari 2019 ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/12/spr-pilihan-raya-kecil-cameron.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "SPR: Pilihan Raya Kecil Cameron Highlands 26 Januari 2019 !"

Catat Ulasan

Loading...