Loading...

TNB Cuai Sebabkan Banjir Di Cameron Highlands Pada 2013 !

Loading...
TNB Cuai Sebabkan Banjir Di Cameron Highlands Pada 2013 ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul TNB Cuai Sebabkan Banjir Di Cameron Highlands Pada 2013 !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : TNB Cuai Sebabkan Banjir Di Cameron Highlands Pada 2013 !
link : TNB Cuai Sebabkan Banjir Di Cameron Highlands Pada 2013 !

Baca juga


TNB Cuai Sebabkan Banjir Di Cameron Highlands Pada 2013 !


PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini mengesahkan keputusan Mahkamah Tinggi yang mendapati Tenaga Nasional Berhad (TNB) bertanggungjawab menyebabkan berlakunya banjir kilat di Lembah Bertam, Cameron Highlands, 5 tahun lepas.

Mahkamah 3 anggota yang dipengerusikan Hakim Datuk Tengku Maimun Tuan Mat itu berkata, syarikat tenaga itu bertanggungjawab mengurus Empangan Sultan Abu Bakar.

“TNB tidak boleh mempersalahkan pihak lain kerana mereka merupakan pemilik dan pengendali empangan tersebut,” kata Tengku Maimun yang bersidang dengan Hakim Datuk Mary Lim Thiam Suan dan Hakim Datuk Hasnah Mohammed Hashim.

Mahkamah juga memerintahkan hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membuat taksiran berkenaan kuantum kerugian yang perlu diberikan kepada 100 orang plaintif yang memfailkan tindakan undang-undang kecuaian itu terhadap TNB.

Tengku Maimun yang baru dilantik ke Mahkamah Persekutuan 2 minggu lepas juga membenarkan kos RM20,000 kepada plaintif.

Pada 23 Okt 2013, TNB melepaskan air dari empangan tersebut sebanyak 3 kali yang menyebakan banjir di Lembah Bertam. Akibatnya sejumlah harta benda musnah dan 4 terbunuh.


Pada Mei lepas, Hakim Datuk Nordin Hassan menerima saman itu selepas mendengar keterangan saksi plaintif dan defendan.

“Mahkamah mendapati defendan bertaggungjawab menyebabkan banjir yang mengakibatkan kemusnahan harta benda plaintif dan kehilangan nyawa,” katanya.

Beliau juga memerintahkan TNB membayar kos sebanyak RM50,000 kepada plaintif yang merupakan penduduk dan terdiri daripada petani serta peniaga.


Plantif memfailkan saman terhadap TNB kerana kecuaian dalam mengurus takungan air Ringlet di Empangan Sultan Abu Bakar dan menyebabkan banjir di kawasan itu pada Okt 2013.

Nordin memutuskan pelepasan air oleh TNB bukanlah keputusan tepat dalam keadaan ketiadaan instrumen pengukur air masuk.

Beliau berkata, mahkamah tidak menemui sebab kenapa TNB tidak dilengkapkan dengan instrumen penting itu kerana empangan tersebut mula beroperasi pada 1963.

“Bagi saya, instrumen berkenaan sepatutnya dipasang dari awal operasinya bagi membantu penyelarasan paras air yang sesuai di empangan tersebut dan memastikan isipadu air yang patut dilepaskan sekiranya perlu,” katanya.

Nordin juga berkata, defendan meletakkan kesalahan pada penebangan hutan, amalan pertanian intensif dan pembuangan sampah sebagai punca masalah.

“Tidak dinafikan kegiatan tersebut menyumbang kepada masalah mendapan dan pelepasan sampah ke dalam takungan air, tetapi defendan bertanggungjawab mengambil semua langkah perlu bagi mengawal paras air empangan di tahap selamat, terutama pada musim monsun.”

Plaintif yang diwakili peguam M Manogaran dan MR Kumar, memfailkan saman pada 2 Nov 2015 dengan mendakwa TNB melepaskan air dari empangan berkenaan ke Sungai Bertam pada jam 12.20 tengah malam pada 23 Okt 2013, berikutan hujan lebat sehari sebelumnya tanpa memberi apa-apa amaran.

Dalam kenyataan tuntutan, plaintif mendakwa pada jam 1 pagi hari yang sama, TNB sekali lagi melepaskan air ke Sungai Bertam dan menyebabkan berlakunya banjir di kaawasan hilir sungai.

Pada jam 2.45 pagi hari yang sama, kata mereka, lebih banyak air dilepaskan oleh TNB dan menyebakan banjir yang memusnahkan harta benda dan menyebabkan 4 kematian.

Kata mereka, TNB bertindak cuai apabila ia membuka alur limpah empangan 3 kali berturut-turut tanpa memberi apa-apa amaran kepada penduduk menyebabkan mereka tidak mempunyai cukup masa untuk berpindah serta menyelamatkan harta benda ke tempat lebih tinggi. #sumber


Demikianlah Artikel TNB Cuai Sebabkan Banjir Di Cameron Highlands Pada 2013 !

Sekianlah artikel TNB Cuai Sebabkan Banjir Di Cameron Highlands Pada 2013 ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel TNB Cuai Sebabkan Banjir Di Cameron Highlands Pada 2013 ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/12/tnb-cuai-sebabkan-banjir-di-cameron.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "TNB Cuai Sebabkan Banjir Di Cameron Highlands Pada 2013 !"

Catat Ulasan

Loading...