Loading...

Tun Dr Mahathir: Kuasa Di Beri Bukan Untuk Kepentingan Diri !

Loading...
Tun Dr Mahathir: Kuasa Di Beri Bukan Untuk Kepentingan Diri ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tun Dr Mahathir: Kuasa Di Beri Bukan Untuk Kepentingan Diri !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tun Dr Mahathir: Kuasa Di Beri Bukan Untuk Kepentingan Diri !
link : Tun Dr Mahathir: Kuasa Di Beri Bukan Untuk Kepentingan Diri !

Baca juga


Tun Dr Mahathir: Kuasa Di Beri Bukan Untuk Kepentingan Diri !


PUTRAJAYA - Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengingatkan pemerintah dan anggota pentadbiran bahawa kuasa diberi untuk mereka melaksanakan tugas, bukan untuk kepentingan diri sendiri.

Berucap pada perjumpaan bulanan bersama warga Jabatan Perdana Menteri, di sini hari ini, beliau berkata jika kuasa disalahgunakan, negara tidak akan maju dan menyebabkan kemerosotan dalam kalangan masyarakat.

"Sebab itu kita perlu berhati-hati apabila kita melaksanakan sesuatu mengikut kuasa yang diberi kepada kita.

"Kalau kita sedar atau berasa was-was bahawa kuasa itu mungkin akan menyebabkan sesuatu tidak baik bagi negara kita adalah lebih baik kita tidak laksanakan kuasa itu dan lebih baik kita runding dan mendapat nasihat tentang bagaimana kuasa itu hendak dilaksanakan," katanya.

Perdana Menteri mahu anggota pentadbiran faham dan jelas bahawa maksud kerajaan ditubuhkan adalah untuk menentukan negara menjadi lebih maju.

Dr Mahathir berkata, walaupun pada permulaannya nikmat tidak dapat dilihat namun apabila sebuah negara yang aman dan maju berjaya ditubuhkan, hasilnya akan dinikmati oleh seluruh rakyat termasuk anggota pentadbiran.

Beliau menegaskan Malaysia perlu aman dan damai agar kekayaan negara dapat diagihkan secara sama rata bagi mengurangkan jurang antara kawasan bandar dan luar bandar.

Menurutnya, ia boleh dicapai kalau negara ditadbir dengan baik, tanpa rasuah dan acara yang disengajakan bagi mencetus huru-hara dan permusuhan kaum.

“Apabila kita menghadapi masalah rusuhan dan sebagainya, hendaklah kita tangani perkara ini dengan cara bijak sebagai satu pemerintah yang berprihatin dan berpengalaman serta faham tujuan pemerintahan,” katanya.

Menurut Dr Mahathir, kerajaan mahu melihat seluruh penduduk Malaysia menikmati kekayaan dan kemerdekaan serta pemerintahan negara yang prihatin.

“Bukan niat kita untuk menghalang perkembangan dan kekayaan bandar tetapi kalau jarak antara yang kaya dan miskin terlalu jauh, maka akan timbul perasaan iri hati dan benci.

“Disebabkan itu, negara akan menghadapi permusuhan antara bandar dan luar bandar, antara miskin dan kaya bahkan antara satu kaum dan kaum lain,” katanya.

Justeru, Dr Mahathir berkata beliau yakin semua warga Jabatan Perdana Menteri bukan hanya faham cara bekerja tetapi juga berhubung keperluan negara. #sumber


Demikianlah Artikel Tun Dr Mahathir: Kuasa Di Beri Bukan Untuk Kepentingan Diri !

Sekianlah artikel Tun Dr Mahathir: Kuasa Di Beri Bukan Untuk Kepentingan Diri ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tun Dr Mahathir: Kuasa Di Beri Bukan Untuk Kepentingan Diri ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/12/tun-dr-mahathir-kuasa-di-beri-bukan.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Tun Dr Mahathir: Kuasa Di Beri Bukan Untuk Kepentingan Diri !"

Catat Ulasan

Loading...