Loading...
Judul : Ustaz Radzi Melissa Meninggal Dunia Atas Pentas Malam Tadi !
link : Ustaz Radzi Melissa Meninggal Dunia Atas Pentas Malam Tadi !
Ustaz Radzi Melissa Meninggal Dunia Atas Pentas Malam Tadi !
KUALA LUMPUR - Bekas penyanyi kumpulan rock Melissa, Ustaz Radzi meninggal dunia di atas pentas Panggung Anniversari, Taman Tasik Perdana di sini pada pukul 11.15 malam tadi.
Difahamkan Allahyarham bersama rakannya daripada kumpulan Melissa menjayakan persembahan program Hiburan Santai Seniman anjuran Persatuan Seniman Malaysia dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.
Ustaz Radzi atau nama sebenarnya Mohd. Radzi Abdul Hamid, 52, merupakan orang terakhir menjayakan persembahan dan berada di atas pentas sekitar pukul 10.30 malam untuk menyanyikan lagu pertama berjudul Kami Mat Rock.
Namun, selepas hanya beberapa saat di atas pentas Allahyarham rebah dalam keadaan bersujud dan disahkan meninggal dunia akibat kekurangan oksigen oleh pasukan perubatan yang memberi bantuan.
Jenazah Allahyarham yang diiringi dua anaknya dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk proses bedah siasat.
Kumpulan Melissa yang aktif pada tahun 1990-an cukup terkenal dengan lagu Cinta Untuk Nabila. #sumber
Demikianlah Artikel Ustaz Radzi Melissa Meninggal Dunia Atas Pentas Malam Tadi !
Sekianlah artikel Ustaz Radzi Melissa Meninggal Dunia Atas Pentas Malam Tadi ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Ustaz Radzi Melissa Meninggal Dunia Atas Pentas Malam Tadi ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/12/ustaz-radzi-melissa-meninggal-dunia.html
0 Response to "Ustaz Radzi Melissa Meninggal Dunia Atas Pentas Malam Tadi !"
Catat Ulasan