Loading...

Wan Azizah: Perlantikan Rafizi Ramli Adalah Hak Presiden PKR

Loading...
Wan Azizah: Perlantikan Rafizi Ramli Adalah Hak Presiden PKR - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Wan Azizah: Perlantikan Rafizi Ramli Adalah Hak Presiden PKR, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Wan Azizah: Perlantikan Rafizi Ramli Adalah Hak Presiden PKR
link : Wan Azizah: Perlantikan Rafizi Ramli Adalah Hak Presiden PKR

Baca juga


Wan Azizah: Perlantikan Rafizi Ramli Adalah Hak Presiden PKR


KUALA LUMPUR: Pelantikan bekas Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli sebagai Naib Presiden PKR merupakan hak Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memilih.

Pengerusi Majlis Penasihat PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, Rafizi juga menerima banyak undi pada proses pemilihan PKR 2018 baru-baru ini.

“Itu adalah prerogatif presiden (parti) untuk memilih sesiapa dan Rafizi juga dalam pertandingan (pemilihan PKR) mendapat undi yang banyak,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Karnival Aspek Wanita Pandan dan Program Back To School di Dewan Jalan H. Kampung Pandan Dalam, di sini hari ini.

Selain Rafizi, Ahli Parlimen Tanjong Malim Chang Lih Kang dan Ahli Parlimen Saratok Ali Biju turut diumumkan sebagai naib presiden PKR.

Pengumuman itu dibuat semalam oleh Anwar dalam satu kenyataan selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR.

Ketiga-tiga lantikan baru tersebut akan menyertai 3 lagi naib presiden parti yang dipilih pada pemilihan PKR 2018 baru-baru ini, iaitu Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli Dr A Xavier Jayakumar; Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin, dan Tian Chua.

Pada proses pemilihan PKR lepas, Rafizi tewas kepada Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bagi merebut jawatan timbalan presiden.

Dalam perkembangan berkaitan, Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menasihati timbalannya supaya menggunakan saluran yang betul ketika membangkitkan isu yang berkaitan perkara dalaman parti.

Ketika mengulas kenyataan Azmin agar dikaji pelantikan kepimpinan pusat yang baru, Anwar menggesa menteri hal ehwal ekonomi itu memberikan contoh yang baik kepada anggota parti dengan tidak menggunakan media untuk menyatakan isu parti.

“Itu pandangan peribadinya, saya mahu itu menjadi inklusif.

“Beliau mahu orang tertentu keluar, saya mahu semua dibawa masuk, itu perbezaannya.

“Anda tidak boleh menafikan keperluan untuk semua pihak dibawa masuk. Saya telah membawa masuk mereka dari kalangan puaknya (Azmin) dan dari puak Rafizi,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kejohanan Bola Sepak Pantai Piala Anwar Ibrahim di Port Dickson hari ini.

Anwar berkata, beliau memahami Azmin mempunyai tanggapan peribadi terhadap seorang dua dalam parti.

“Namun saya telah membawa masuk kesemuanya,” kata beliau.

Terdahulu Azmin meminta Anwar mengkaji semula pelantikan kepimpinan jawatankuasa pusat yang baru, seperti yang diumumkan semalam.

Menurut Azmin pelantikan itu tidak mencerminkan prinsip adil dan mewakili aspirasi anggota parti. #sumber


Demikianlah Artikel Wan Azizah: Perlantikan Rafizi Ramli Adalah Hak Presiden PKR

Sekianlah artikel Wan Azizah: Perlantikan Rafizi Ramli Adalah Hak Presiden PKR kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Wan Azizah: Perlantikan Rafizi Ramli Adalah Hak Presiden PKR dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/12/wan-azizah-perlantikan-rafizi-ramli.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Wan Azizah: Perlantikan Rafizi Ramli Adalah Hak Presiden PKR"

Catat Ulasan

Loading...