Loading...
Judul : Wanita Di Tinggalkan Kekasih Mengamuk Di Wakaf Che Yeh !
link : Wanita Di Tinggalkan Kekasih Mengamuk Di Wakaf Che Yeh !
Wanita Di Tinggalkan Kekasih Mengamuk Di Wakaf Che Yeh !
KOTA BHARU - Seorang wanita yang dipercayai ditinggalkan kekasih bertindak mengamuk sebelum mencederakan beberapa orang awam dalam kejadian di sebuah hotel di Wakaf Che Yeh di sini hari ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 4.45 petang, suspek yang berbogel serta berusia lingkungan 30-an itu menghadapi tekanan perasaan selepas ditinggalkan teman lelaki.
Lebih mengejutkan wanita itu yang berasal dari Wakaf Bharu, Tumpat turut menggunakan pisau semasa mengamuk.
Menurut rakan-rakan wanita itu, suspek berada dalam keadaan tertekan disebabkan hubungan cintanya yang tidak menjadi.
Seorang saksi yang enggan dikenali berkata, semasa tiba di lokasi kejadian dia melihat wanita berkenaan sedang mengamuk sambil mengacu-acukan pisau terhadap orang ramai.
"Seorang kanak-kanak dan orang yang berdekatan suspek turut dicederakan.
"Seorang pekerja hotel juga turut dicakar sehingga berdarah di tepi kening dan muka sebelum suspek melarikan diri. Saya betul-betul berada disebelahnya ketika itu," katanya ketika kepada Kosmo! Online.
Tambahnya, beberapa minit kemudian anggota polis tiba dan bertindak menahan serta merampas pisau darinya.
“Wanita itu terus dibawa ke tempat tidak dipastikan untuk mengelak daripada orang awam merakamkan gambar,” katanya.
Sementara itu, Kosmo! Online sedang berusaha mendapatkan pengesahan daripada pihak polis berhubung kejadian tersebut. #sumber
Demikianlah Artikel Wanita Di Tinggalkan Kekasih Mengamuk Di Wakaf Che Yeh !
Sekianlah artikel Wanita Di Tinggalkan Kekasih Mengamuk Di Wakaf Che Yeh ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Wanita Di Tinggalkan Kekasih Mengamuk Di Wakaf Che Yeh ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/12/wanita-di-tinggalkan-kekasih-mengamuk.html
0 Response to "Wanita Di Tinggalkan Kekasih Mengamuk Di Wakaf Che Yeh !"
Catat Ulasan