Loading...
Judul : Yeo Bee Yin: Kos Eksport Sisa Buangan Lynas Hanya AUD14j !
link : Yeo Bee Yin: Kos Eksport Sisa Buangan Lynas Hanya AUD14j !
Yeo Bee Yin: Kos Eksport Sisa Buangan Lynas Hanya AUD14j !
KUALA LUMPUR - Kos bagi Lynas Corporation Ltd (Lynas) membawa keluar residu (sisa buangan) Water Leached Purification Residue (WLP) dari Malaysia, hanya melibatkan AUD14 juta (AUD1=RM3.03), kata Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar, Yeo Bee Yin.
Beliau berkata berdasarkan laporan Australian Financial Review minggu lepas, sebahagian besar kos mengeksport sisa buangan itu iaitu AUD46 juta boleh dituntut melalui insurans syarikat pelombong nadir bumi itu.
"Berbanding dengan untung syarikat itu bagi tahun 2017-2018 yang mencecah AUD129 juta, ini merupakan hanya 10 peratus daripada untung Lynas. Jika kiraan itu tepat, ini bermakna 10 peratus daripada untung Lynas daripada operasi setahun yang lepas sudah mampu untuk menghantar balik sisa yang terkumpul dalam enam tahun operasi.
“Lebih-lebih lagi, selepas pengumuman prasyarat dibuat oleh kementerian ini pada minggu lepas, broker saham seperti UBS dan CLSA masih menegaskan syor “beli” untuk saham Lynas. Broker UBS pula meletakkan sasaran harga saham Lynas setinggi AUD3.10, iaitu hampir dua kali ganda daripada harga saham mereka sebelum pengumuman dibuat,” katanya dalam catatan terbarunya di Facebook. #sumber
Demikianlah Artikel Yeo Bee Yin: Kos Eksport Sisa Buangan Lynas Hanya AUD14j !
Sekianlah artikel Yeo Bee Yin: Kos Eksport Sisa Buangan Lynas Hanya AUD14j ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Yeo Bee Yin: Kos Eksport Sisa Buangan Lynas Hanya AUD14j ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/12/yeo-bee-yin-kos-eksport-sisa-buangan.html
0 Response to "Yeo Bee Yin: Kos Eksport Sisa Buangan Lynas Hanya AUD14j !"
Catat Ulasan